Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wadah sokongan baru bagi pesakit ginjal, penjaga

Program tersebut sedang diperluas kepada semua pusat dialisis NKF
Sep 20, 2021 | 05:30 AM



PESAKIT ginjal dan orang yang menjaga mereka kini mempunyai sebuah wadah sokongan baru untuk berkongsi maklum balas dan keprihatinan serta mendorong satu sama lain semasa waktu mencabar ini.



Dipanggil Kumpulan Sokongan Meditasi Keprihatinan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), pesakit dan penjaga mereka, seperti jururawat dan anggota keluarga, boleh menyertai kegiatan dan latihan yang diadakan setiap dua minggu di dalam talian untuk mereka saling mendengar luahan hati satu sama lain.



Kumpulan sokongan NKF bantu pesakit, penjaga hadapi cabaran



Kumpulan sokongan itu diterajui ahli psikologi dan pekerja sosial perubatan NKF dan merupakan sebuah inisiatif Pasukan Penjagaan Bersepadu yayasan itu.



Buat masa ini, ia dilancarkan di pusat dialisis NKF baru yang disokong Persatuan Keagamaan San Wang Wu Ti di Blok 55 Strathmore Avenue.



Namun, kerja sedang dijalankan untuk memperluaskan program kumpulan sokongan itu kepada semua pusat dialisis NKF.



Berucap di acara pembukaan rasmi Pusat Dialisis NKF Disokong Persatuan Keagamaan San Wang Wu Ti semalam, pengerusi NKF, Encik Arthur Lang, berkata pandemik Covid-19 telah menyebabkan bukan hanya pesakit ginjal rasa tertekan, namun juga penjaga mereka, seperti anggota keluarga dan jururawat buah pinggang.



Mereka bimbang tentang ketidakpastian, termasuk mengenai masa depan, jaminan kewangan dan takut dijangkiti virus itu, dan juga gelisah kerana tidak dapat pulang ke rumah untuk bertemu orang tersayang, kata Encik Lang.



"Kesunyian dan kegelisahan disebabkan berkurangnya lawatan oleh anggota keluarga dan kegiatan sosial boleh membuat rasa kemurungan dan tekanan bertambah buruk.



"Untuk mengatasi cabaran kini, kami perlu mengubah cara kami memberikan penjagaan dengan mengambil pendekatan pelbagai disiplin, bertumpukan individu.



"Oleh itu, mencari cara baru menyokong, mendekati, menyediakan tempat mendengar masalah, dan memberikan nasihat dalam cara yang tepat pada masanya dan kerap adalah penting. Ia 'vaksin' kami untuk menangani isu kesihatan mental negatif," kata beliau.



Acara pembukaan rasmi pusat dialisis baru itu semalam turut dihadiri dua Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar - Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dan Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua.



Pusat dialisis baru itu dibina hasil sumbangan derma $1.3 juta Persatuan Keagamaan San Wang Wu Ti.



Ia dilengkapi dengan 27 stesen dialisis yang akan memberi manfaat kepada 162 pesakit.



Presiden Kehormat Persatuan Keagamaan San Wang Wu Ti, Encik Lee Inn Peng, berkata badan agama itu berjanji akan memberikan tambahan $2 juta untuk menaja satu lagi pusat dialisis baru.



"Kami berharap dapat membantu lebih ramai pesakit yang memerlukan dengan mengurangkan beban kewangan mereka, mempunyai akses kepada rawatan dan penjagaan bermutu, dan mempertingkat mutu kehidupan mereka," kata beliau.




"Kesunyian dan kegelisahan disebabkan berkurangnya lawatan oleh anggota keluarga dan kegiatan sosial boleh membuat rasa kemurungan dan tekanan bertambah buruk.



Untuk mengatasi cabaran kini, kami perlu mengubah cara kami memberikan penjagaan dengan mengambil pendekatan pelbagai disiplin, bertumpukan individu.



Oleh itu, mencari cara baru menyokong, mendekati, menyediakan tempat mendengar masalah, dan memberikan nasihat dalam cara yang tepat pada masanya dan kerap adalah penting. Ia 'vaksin' kami untuk menangani isu kesihatan mental negatif."
- Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Encik Arthur Lang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >