Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kursus diploma pos siswazah beri sokongan kesihatan mental bagi belia

Aug 25, 2021 | 05:30 AM



SATU kursus diploma pos siswazah yang bakal dilancar di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) bertujuan memberi tumpuan kepada sokongan kesihatan mental bagi orang muda.



Program Diploma Pos Siswazah bagi Kerja-Kerja Belia itu adalah projek bersama SUSS dengan Persatuan Kerja-Kerja Belia Singapura (YWAS).



Antara lain, kursus itu bertujuan untuk melatih dan memberi pentauliahan kepada pekerja sosial supaya mereka lebih berupaya membantu orang muda, menyusuli gesaan untuk menambah sokongan kesihatan mental di sini.



Sebilangan besar pekerja sosial di Singapura mempunyai kelayakan dalam kerja sosial, psikologi atau kaunseling, kata ketua program itu, Encik Nicholas Gabriel Lim.



Namun tiada program di dalam bidang-bidang itu yang memberi pentauliahan kepada mereka yang khususnya bekerja dengan orang muda.



Justeru, program diploma baru itu diharap merapatkan jurang tersebut, kata beliau, menambah.



Program tersebut akan mengikut rangka kerja program belia yang ada pada masa ini, seperti Rangka Kerja Kecekapan Belia yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Rangka kerja seperti ini merangkumi bidang yang menjadi tanggungjawab utama dan jenis kemahiran yang diperlukan bagi peranan sebagai pekerja bidang belia.



Rangka kerja tersebut akan menjadi panduan bagi kursus tersebut dan ukur tara dalam membangunkan kurikulum.



Kerjasama dengan YWAS itu juga memberikan SUSS akses tambahan kepada 10 rakan kongsi sektor pekerjaan bidang belia seperti Shine Children and Youth Services dan Boys Town.



Antara lain, ini membolehkan pelajar program baru itu memperoleh pengalaman dengan menyertai acara dan program yang dijalankan rakan-rakan kongsi itu.



YWAS juga akan memberikan keanggotaan profesional setahun bagi pelajar yang melengkapkan program baru itu.



Juga, pemimpin YWAS akan berkhidmat di panel penasihat kursus dan mengajar beberapa modul.



Beberapa rakan kongsi YWAS yang berpengalaman bekerja dalam bidang belia juga akan mengajar modul.



Permohonan untuk menyertai kursus ini akan ditutup pada Oktober nanti, dan program dijadual bermula pada Januari 2022.



Kelmarin, memorandum persefahaman bagi program itu ditandatangani SUSS dan YWAS.



Setiausaha Parlimen ( Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) Encik Eric Chua hadir sebagai tetamu terhormat di majlis itu.



Encik Chua berkata pandemik ini telah mengubah cara belia hidup, belajar, bekerja dan berinteraksi dengan orang lain.



"Beberapa belia yang saya perhatikan telah menjadi terpencil dan terasing kerana kehidupan sosial mereka terganggu, manakala ada yang terpaksa memikul tekanan mencari kerja dan meringankan beban kewangan keluarga. Ini adalah satu keprihatinan besar," kata beliau.



"Kerjasama ini tepat pada waktunya kerana sejak beberapa tahun lalu, kami telah berusaha untuk mempertingkatkan sokongan untuk belia, supaya dapat bangkit lebih kuat dan lebih teguh dari pandemik ini dan di masa depan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >