Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kursus WSQ baru lengkapi pekerja kemahiran sokong kesejahteraan mental

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



SATU kursus baru telah diperkenalkan untuk melatih pekerja dengan kemahiran menghulurkan sokongan dan bantuan kecemasan dari segi psikologi kepada rakan di tempat kerja.



Kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) itu telah bermula minggu ini, sebagai sebahagian usaha untuk mempromosi kesejahteraan mental di tempat kerja, menurut satu kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) semalam.



Kursus Sokongan Kesejahteraan Mental Rakan di Tempat Kerja itu dibangunkan Young NTUC bersama NTUC Learning Hub dan rakan latihan Perkhidmatan Masyarakat Anglican Singapura.



Ia menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya 100 rakan penyokong menjelang Mac tahun depan



Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Young NTUC pada Januari tahun ini, tiga tekanan utama yang dialami belia yang bekerja ialah beban kerja, rasa tidak dihargai dan masa bertugas yang lama.



Daripada tinjauan itu, 67 peratus belia yang bekerja juga berkata terdapat kekurangan sokongan mental di tempat kerja mereka dan berharap lebih banyak yang dapat dilakukan.



Kata NTUC lagi, program tersebut akan melengkapkan usaha Gerakan Buruh untuk mempromosikan kesejahteraan mental yang lebih baik di tempat kerja.



Melalui program dua hari itu, peserta akan mempelajari mengenai pelbagai topik termasuk cara menjadi seorang rakan sokongan, pengenalan kepada Pertolongan Cemas Psikologi, dan cara menjaga orang lain serta diri mereka sendiri.



Kursus ini akan diadakan dalam format yang interaktif, dengan aktiviti dalam kumpulan kecil dan juga 'role-play' senario tempat kerja untuk mengenal pasti tanda-tanda tekanan dalam rakan kerja mereka.



Mengulas mengenai program baru ini, Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Desmond Choo, yang juga penasihat Young NTUC menekankan kepentingan menjaga dan menyediakan keselamatan psikologi di tempat kerja.



"Pertubuhan perlu mula melabur dalam kesihatan mental pekerja kita.



"Salah satu cara untuk memulakannya adalah dengan mencalonkan wakil dan pekerja Sumber Manusia mereka untuk mengambil kursus WSQ yang bertauliah, dan mengiktiraf sumbangan rakan penyokong dalam memperjuangkan sokongan kesejahteraan mental yang lebih baik," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >