Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Labur lebih $100,000 demi pertingkat khidmat penstriman

Mar 11, 2018 | 05:30 AM



APABILA syarikat dalam talian, IslamicSG Networks LLP (ISGN) - milik Encik Fadzuli Abdul Wahab dan Encik Fazli Mansor - menawarkan khidmat penstriman secara langsung enam tahun lalu, permintaan diterima hanya daripada masjid dan masyarakat Melayu.



Tetapi, dalam dunia yang semakin condong kepada digital, kededua usahatekwan itu sedar perlunya mereka keluar daripada zon keselesaan sedang potensi niaga dalam bidang berkenaan semakin berkembang.



Lantaran itu, mereka melabur lebih $100,000 bagi peralatan dan teknologi lebih canggih agar berupaya meluaskan pasaran mereka kepada sektor korporat.



Sejak dua tahun lalu, cabang khidmat ISGN, Prolive, telah menjalankan lebih 30 projek dengan syarikat korporat dan agensi pemerintah termasuk Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).



Semasa dihubungi, Encik Fadzuli, 36 tahun, yang mempunyai pejabat di Oxley Biz Hub menjelaskan:



"Selama kami beroperasi di bidang dalam talian selama 10 tahun, pelanggan utama kami adalah masyarakat Melayu/Islam.



"Alhamdulillah, sokongan mereka telah membolehkan kami bertahan. Namun jika kami ingin terus berkembang dan mempelbagaikan perniagaan, khususnya dalam khidmat ini, kami harus keluar daripada zon keselesaan kami ini dan melihat lebih jauh dengan mendekati pasaran bukan Melayu juga."



ISGN merupakan antara syarikat Melayu pertama yang menawarkan khidmat penstriman secara langsung sejak enam tahun lalu.



Kini khidmat itu semakin popular dalam pasaran, dengan adanya wadah serupa seperti Facebook Live dan sebagainya.



"Dengan dunia yang semakin condong ke arah digital, khidmat ini semakin relevan.



"Melihat potensi dan permintaan untuk khidmat ini dalam era digital, kami memikirkan dengan lebih serius bagaimana mahu memantapkan perniagaan kami.



"Ini termasuk pelaburan mendapatkan peralatan dan teknologi lebih canggih. Usaha mempelbagaikan perniagaan juga semakin penting untuk kami sedang kos perniagaan bertambah meningkat," ujar beliau.



Menyentuh tentang cabaran yang dihadapi, Encik Fadzuli berkata meskipun permintaan terus bertambah, persaingan juga semakin sengit - dengan kemasukan lebih banyak pemain baru dalam pasaran itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >