Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan basikal di Tampines hubung penduduk ke kemudahan utama, kawasan hijau

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK di Tampines khususnya di Avenue 1, 4, 5 dan 8 kini boleh berbasikal dengan lebih mudah dan selamat dari rumah mereka ke stesen MRT Tampines West dan Our Tampines Hub (OTH).



Ini setelah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam melancarkan laluan berbasikal sepanjang 4 kilometer (km), menghubungkan tempat kediaman, sekolah, kemudahan utama dan kawasan hijau seperti Taman Tampines Central dan Taman Tampines Green Forest.



Kini terdapat 25km laluan berbasikal dan penghubung taman di bandar itu, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa majlis pelancaran itu.



"Ini menjadikan Tampines salah satu bandar yang mempunyai rangkaian laluan berbasikal yang paling menyeluruh," katanya.



Bandar itu telah diperuntukkan sebagai bandar berjalan kaki dan berbasikal yang kedua di Singapura pada 2017.



Ang Mo Kio, yang pertama, kini mempunyai laluan berbasikal sepanjang 4km.



LTA sebelum ini mengumumkan rancangan menggandakan rangkaian laluan berbasikal di Tampines, yang menghubungkan tiga stesen MRT - Tampines, Tampines East dan Tampines West.



Pelancaran laluan berbasikal terbaru itu semalam menandakan selesainya fasa pertama pembangunan laluan berbasikal.



Ramai penduduk telah mula menggunakan laluan baru itu sejak beberapa minggu lalu untuk mengembara dari rumah mereka ke stesen MRT Tampines Downtown Line, pertukaran bas dan pelbagai kemudahan di Tampines Central, termasuk di sini di Our Tampines Hub," tambah Encik Masagos, yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines.



Di sepanjang laluan berbasikal baru itu, tanda keselamatan dan jalur pengawalan kelajuan telah dipasang.



Encik Masagos berkata: "Setelah menunggang di laluan berbasikal itu sebelumnya, saya gembira dengan perjalanan yang lancar dan menyenangkan."



Lima lintasan pejalan kaki di sepanjang laluan berbasikal telah dilebarkan bagi memastikan keselamatan penunggang basikal dan pejalan kaki.



Pihak berkuasa berkata ia akan terus bekerjasama dengan agensi lain untuk meluaskan lagi rangkaian laluan berbasikal.



Ia mengumumkan pada 2017 bahawa rangkaian di Tampines akan diperluaskan kepada kira-kira 21km menjelang 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >