Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan bawah jambatan antara Bishan ke pusat bandar bakal siap akhir 2023

May 06, 2023 | 05:30 AM



SATU laluan bawah jambatan dan lintasan jalan raya yang baru di sepanjang laluan basikal antara Bishan-Taman Ang Mo Kio dengan Gardens by the Bay akan disiapkan pada akhir 2023 selepas hampir dua tahun dibina, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Namun, mereka yang berharap dapat berbasikal tanpa halangan dari Bishan ke bandar di sepanjang Sungai Kallang perlu menunggu lagi beberapa tahun, memandangkan satu jambatan bagi pejalan kaki dan basikal yang disaran dekat Potong Pasir yang melintasi 16 lorong Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) masih lagi di peringkat perancangan.



Dibentangkan URA lapan tahun lalu pada 2015, pembaikan kepada prasarana tersebut bertujuan mengubah Penghubung Taman Kallang menjadi satu laluan lancar sepanjang 10 kilometer.



Apabila selesai ia dijangka menjimatkan masa untuk berbasikal dari Bishan ke kawasan pusat bandar (CBD), daripada antara sejam dengan sejam setengah kepada sekitar 30 hingga 45 minit.



Memberikan maklumat terkini berkaitan laluan Bishan ke bandar dalam surat kepada ruangan Forum, The Straits Times, yang diterbitkan pada Jumaat, pengarah URA bagi projek, Encik Teo Chong Yean, berkata laluan bawah jambatan baru sedang dibina di Kallang Bahru dan Upper Boon Keng Road bagi laluan basikal sebagai sebahagian daripada satu tender yang dibuka pada pertengahan 2021.



Tambahan lagi, satu laluan bawah jambatan di Ekspreswe Central (CTE) dekat Toa Payoh Lorong 8 yang mempunyai ruang yang rendah - sekitar dua meter - sedang didalamkan dan diluaskan lagi, sedang laluan bawah Jambatan Sir Arthur's di Geylang sedang dipertingkat.



Encik Teo berkata kerja-kerja bagi laluan bawah jambatan ini lebih sukar memandangkan ia perlu melindungi prasarana sedia ada dan menghalang gangguan kepada perkhidmatan bawah tanah.



Sebab itu tapak-tapak kerja ini perlu diadang demi keselamatan awam.



Beliau berkata URA sedang berusaha untuk selesaikan kerja-kerja menjelang akhir 2023 dan laluan bawah jambatan ini akan dibuka kepada awam sejurus kelulusan pihak kawal selia diperolehi.



Sebagai sebahagian daripada laluan Bishan ke bandar, simpang jalan raya juga sedang dibina di Serangoon Road dan Bendemeer Road agar pengguna basikal tidak perlu mengangkat basikal mereka naik atau turun tangga di jambatan pejalan kaki sedia ada di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >