Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan jejambat baru Tuas dibuka 18 Feb

Jan 19, 2017 | 01:05 PM



KESESAKAN pada waktu sibuk di Tuas dijangka berkurang dengan pembukaan laluan jejambat baru bulan depan.



Laluan jambatan sepanjang 4.8km dari Tuas Road ke Tuas West Road itu akan dibuka pada 18 Feb. Laluan dua arah tiga lorong itu akan merentas di atas Pioneer Road dan boleh menyokong 6,000 kenderaan yang bergerak di setiap arah.



"Laluan itu akan menyediakan pemandu pilihan ke Pioneer Road yang sibuk," kata Encik Andrew Yap, Pengarah bagi projek sambungan Tuas West di LTA.



Laluan jejambat ini juga akan menggabungkan laluan 2.4km bagi lanjutan MRT Tuas West akan datang, termasuk stesen Tuas Crescent dan Tuas West Road.



Laluan lanjutan MRT sepanjang 7.5 km itu dijadualkan dibuka pada suku kedua 2017.



Laluan jejambat itu adalah yang pertama mempunyai kedua-dua komponen jalan raya dan kereta api, dengan kos gabungan sekitar $3.5 bilion bagi laluan jejambat dan lanjutan landasan.



Untuk menangani tekanan tambahan, laluan jejambat itu disokong oleh 94 tiang, setiap satu dapat menampung 13,000 tan berat. Sebagai perbandingan, tiang di jejambat rel sedia ada boleh menampung hanya 5,300 tan.



Untuk mengelakkan kekeliruan, tanda arah baru akan dipasang bagi membantu pemandu mengemudi kawasan itu. Marsyal juga akan ditugaskan bagi membantu mengawal lalu lintas, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Khamis (19 Jan).



Laluan jejambat itu dibina kerana menjangka peningkatan trafik pembangunan di kawasan itu kelak.



Ini termasuk Pelabuhan Tuas yang dijangka mengendalikan semua kegiatan pelabuhan Singapura mulai 2027.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >