Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman web TOC ditutup selepas lesen digantung

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



LAMAN web sosiopolitik The Online Citizen (TOC) dan pelbagai saluran media sosialnya telah dipadamkan atau dinyahaktifkan pagi semalam, menjelang tarikh akhir jam 3 petang yang ditetapkan oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA).



Percubaan untuk mengakses laman web TOC menunjukkan ralat "akses ditolak". Laman web itu juga tidak dapat diakses dari luar Singapura.



Profil Facebook dan Twitter TOC pula telah dinyahaktifkan, sementara akaun Instagramnya dijadikan privet.



Semua kandungan video di saluran YouTube TOC juga tidak boleh diakses.



Ini setelah IMDA pada Isnin lalu menggantung lesen kelas TOC untuk mengendali laman web dan saluran media sosialnya setelah ia berulang kali gagal mematuhi tanggungjawab undang-undang untuk mengisytihar semua sumber pendanaan.



TOC tidak mematuhi kewajipan ini secara sepenuhnya sejak 2019, kata IMDA.



Penguasa itu telah menetapkan tarikh akhir jam 3 petang semalam bagi TOC untuk memadam akses kepada laman web dan saluran media sosialnya, sambil menambah bahawa pihaknya akan mengambil langkah untuk menyekat akses ke TOC di Singapura.



Pihak berkuasa juga memberi amaran akan membatalkan lesen kelas TOC menjelang 28 September sekiranya ia "tidak memberikan maklumat lanjut bagi mematuhi peraturan sepenuhnya.



IMDA menambah bahawa pegawai TOC boleh menghadapi kesalahan jenayah di bawah Akta Penyiaran.



IMDA juga belum lagi mengambil langkah menyekat TOC di Singapura apabila lamannya dipadamkan, lapor The Straits Times.



Ditubuhkan pada tahun 2006, TOC menyifatkan dirinya sebagai platform media dalam talian bebas yang paling lama beroperasi di Singapura.



Sejak sekurang-kurangnya 2016, ia sebahagian besarnya dikendali oleh ketua editornya Encik Terry Xu.



Pada 1 September, Mahkamah Tinggi mengarahkan Encik Xu untuk membayar Perdana Menteri Lee Hsien Loong $210,000 bagi kes saman fitnah atas sebuah artikel yang diterbitkan di laman web TOC.



Menurut peguam Encik Xu, Encik Lim Tean, usaha pungutan dana dalam talian untuk membantu Encik Xu membayar ganti rugi telah mencapai hampir $195,000 pada malam Rabu.



TOC merupakan antara dua laman web yang sebelum ini digelar sebagai penyedia kandungan Internet berdaftar (ICP) oleh IMDA. Laman web lain ialah The Independent Singapore.



Laman web yang telah berdaftar sebagai ICP termasuk Six-Six News dan The Middle Ground. Kedua-dua laman web tersebut sudah tidak beroperasi lagi.



Laman-laman web tersebut, yang menyediakan kandungan yang memberi tumpuan kepada isu berkenaan parti politik di Singapura, dan giat menggalak perbincangan terhadap isu-isu itu, diperlukan mengesahkan sumber kewangan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >