Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lampu Raya Geylang Serai dijangka buka sepenuh lepas tempoh pemutus rantaian jangkitan

May 25, 2020 | 10:35 AM
Sinaran Lampu Raya tahun ini telah dilancarkan pada malam 23 Mei, selepas pihak itu mendapatkan keizinan istimewa daripada pemerintah, dan sehingga kini, ia hanya dinyalakan dari pukul 8.20pm hingga 10 malam. - FOTO: GIN TAY
Sinaran Lampu Raya tahun ini telah dilancarkan pada malam 23 Mei, selepas pihak itu mendapatkan keizinan istimewa daripada pemerintah, dan sehingga kini, ia hanya dinyalakan dari pukul 8.20pm hingga 10 malam. - FOTO: GIN TAY -

LAMPU Raya di Geylang Serai dijangka dinyalakan sepenuhnya setelah tamat tempoh pemutus rantaian jangkitan, tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa.

Dalam kenyataannya pada Isnin (25 Mei), Wisma Geylang Serai (WGS), berkata bahawa sinaran lampu raya tahun ini yang bermula 23 Mei, dengan izin istimewa daripada pemerintah, hanya dinyalakan dari 8.20 malam hingga 10 malam.

Jelas WGS, tarikh rasmi asal 19 April bagi pelancaran projek lampu Hari Raya yang dikendali WGS dan Balai Rakyat Geylang dibuat sebelum pandemik menjadi lebih serius.

"Namun selepas pengkuatkuasan pemutus rantaian jangkitan untuk tidak membenarkan 250 orang di satu kawasan, WGS memutuskan untuk merakam persembahan dan pelancaran dan dimuatnaik ke Facebook WGS.

'Apabila penguat kuasaan diketatkan lagi dan tidak membenarkan lebih daripada 10 orang di satu tempat, keputusan pembatalan pelancaran lampu hari raya dilaksana."

WGS berkata, Reka bentuk lampu raya tahun ini, yang dipasang sepanjang Changi Road, Geylang Road dan Sims Avenue, memaparkan ciri-ciri kebudayaan, seperti masjid serta motif bunga berdasarkan tema "Mengenangkan Semangat Kampung Kita."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg