Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Langkah bantu syarikat jimat kos, masa hantar barang di pusat pemeriksaan darat

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



PROSEDUR penghantaran barangan di pusat pemeriksaan darat sedang dikaji semula untuk membantu indusri itu menjimatkan hingga $2 juta setiap tahun, kata Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat.



Langkah yang diperkemas itu sebahagian usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) membantu perniagaan yang menggunakan pusat pemeriksaan Singapura menjimatkan masa dan kos.



Encik Chee berkata semasa perbahasan belanjawan MOT di Parlimen pada Jumaat penghantaran barangan melalui pusat pemeriksaan darat di Woodlands dan Tuas pada masa sekarang dianggap sebagai import yang akan dieksport semula.



Syarikat mesti memohon dua permit daripada Kastam - satu untuk mengimport barang dan satu lagi untuk mengeksportnya. Ini menyebabkan kos pentadbiran dan pematuhan lebih tinggi, kata beliau.



"Semakan itu memperkemas prosedur penghantaran darat melalui penggunaan permit penghantaran, serupa amalan sedia ada bagi penghantaran udara dan laut.



"Ini akan mengurangkan jumlah permit yang syarikat perlu memohon, dengan potensi penjimatan kos hingga $40 bagi setiap penghantaran. Jumlah penjimatan untuk industri boleh berjumlah $2 juta setiap tahun," ujar Encik Chee.



Beliau berkata MOT juga sedang mengkaji semula keperluan bagi eksport di pusat pemeriksaan udara.



Pemeriksaan kargo sebelum dieksport kini turut melibatkan pembukaan kargo secara fizikal. Mereka yang mempunyai kawalan keselamatan rantaian bekalan yang sesuai ditetapkan boleh memohon kepada polis untuk tahap pemeriksaan kargo mereka dikurangkan.



"Keperluan ini disediakan atas sebab baik - untuk memastikan keselamatan. Ia baik untuk kita, mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab rantaian bekalan yang dipercayai.



"Bagaimanapun, ada ruang untuk menyesuaikan lagi keperluan itu berdasarkan pengurusan risiko," ujar Encik Chee.



Memberi contoh, beliau berkata keperluan baru ini boleh termasuk mengurangkan tahap pemeriksaan barangan eksport melalui Singapura sekiranya mereka datang daripada syarikat luar negara dengan proses keselamatan ketat.



Bagi menyokong hubungan pelbagai kaedah pengangkutan, MOT juga sedang menerokai cara memindahkan barangan dengan lebih kesan antara pusat pemeriksaan darat dengan pelabuhan laut.



Buat masa ini, hanya trak kontena berdaftar Singapura dan pemandu warga Singapura atau yang mempunyai permit kerja dibenarkan memasuki terminal kontena di sini.



"Pengendalian berganda ini tidak produktif, kerana ia menyebabkan keperluan tenaga kerja dan kos perniagaan meningkat. Kita juga kekurangan pemandu tempatan," kata Encik Chee.



PSA sedang bekerjasama dengan industri bagi membenarkan trak bukan berdaftar Singapura dan pemandu bukan Singapura di bawah syarikat logistik dan pengangkutan tempatan mengakses terminal kontena dan mengendalikan kontena.



Pendekatan itu akan dilaksana secara bertahap bagi memastikan keselamatan, tambah Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >