Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lantikan baru cermin pembaharuan progresif Majlis Tertinggi Muis: Masagos

Sanjung Majlis lama kerana teguh buat keputusan sukar dalam hadapi Covid-19
Sep 08, 2022 | 05:30 AM



PENGALAMAN anggota Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang mendalam serta latar belakang mereka yang berlainan akan membantu majlis itu dalam menangani pelbagai cabaran rumit yang dihadapi ma-syarakat pada masa sekarang dan masa depan.



Menulis demikian dalam satu catatan Facebook semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau gembira dapat bertemu anggota Majlis Tertinggi Muis ke-19 yang baru.



Majlis baru itu merangkumi 10 muka baru di samping tujuh anggota yang dilantik semula bagi penggal tiga tahun hingga 2025.



Encik Masagos berkata pelantikan baru itu mencerminkan pembaharuan progresif Majlis Tertinggi Muis - dengan kepelbagaian luas dari segi usia dan jantina, serta gandingan asatizah dan bukan asatizah yang baik.



"Majlis Tertinggi Muis bertanggungjawab bagi membuat keputusan, penggubalan dasar, serta perancangan operasi.



"Saya berharap dengan kepakaran, pengetahuan khusus dan kepimpinan sektoral yang dimiliki, mereka akan membantu meningkatkan lagi kemampuan dan keupayaan Muis.



"Pengalaman mereka yang mendalam dan latar belakang yang berbeza-beza akan membantu Majlis Tertinggi Muis dalam memahami dan menangani pelbagai cabaran rumit yang dihadapi masyarakat pada masa ini dan pada masa depan," ujar beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Selain itu, Encik Masagos mengucapkan terima kasih mendalam kepada anggota Majlis Tertinggi Muis ke-18.



Beliau berkata mereka telah melalui satu tempoh penuh berliku dan belum pernah berlaku sebelum ini, membuat keputusan sukar lagi genting dalam menghadapi pandemik Covid-19.



"Namun begitu, mereka kekal teguh demi memenuhi keperluan sosio-agama masyarakat kita di samping kita mematuhi semua langkah pengurusan selamat. Walaupun mereka sudah berundur diri, saya berharap mereka akan terus berkongsi pengalaman dan kebijaksaan mereka melalui usaha membangun masyarakat yang lain," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >