Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapan orang ditangkap atas kematian lelaki dalam serangan di Orchard Towers

Jul 03, 2019 | 09:57 AM



LAPAN orang berusia antara 22 tahun dengan 27 tahun telah ditangkap setelah seorang lelaki berusia 31 tahun mati dek pergaduhan dalam kelab malam di Orchard Towers.



Daripada lapan yang ditangkap, empat lelaki dan seorang wanita akan dikenakan tuduhan bunuh esok, sementara siasatan masih dijalankan terhadap lagi dua lelaki dan seorang wanita, kata polis.



Menurut laporan The New Paper, seorang pekerja di bangunan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Nguyen, 30 tahun, berkata beliau terkejut melihat seseorang terbaring di pintu masuk Orchard Towers dalam keadaan berdarah pada 6.20 pagi semalam.



Beliau menambah bahawa orang ramai cuba membantu menghentikan pendarahan teruk lelaki tersebut menggunakan berpaket-paket tisu.



"Lelaki itu masih hidup tapi terketar-ketar. Saya nampak darah di kolar (bajunya) dan ada luka di atas keningnya," kata Encik Nguyen.



Mangsa pergaduhan yang dipercayai bermula di Naughty Girl Club di tingkat dua bangunan itu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, di mana beliau meninggal dunia akibat luka yang dialami.



Polis berkata mereka menerima panggilan bantuan di Orchard Towers pada 6.25 pagi semalam.



Dalam masa 12 jam serangan itu berlaku, pihak polis berjaya mengenal pasti dan memberkas lapan suspek tersebut.



Jika disabit kesalahan, mereka menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >