Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapangan Terbang Changi lancar penjejak bagasi buat penumpang

Dec 20, 2022 | 06:20 PM



DENGAN perjalanan udara semakin meningkat di seluruh dunia, penumpang di Lapangan Terbang Changi berupaya menjejak bagasi mereka sejak penjejak bagasi peribadi dilancarkan pada 12 Disember lalu.



Buat masa ini, fungsi tersebut hanya tersedia untuk penumpang di 35 syarikat penerbangan yang menyertai inisiatif ini, baik ketika mereka berlepas dari Changi atau bertukar penerbangan di situ.



Ia juga buat mereka yang tiba ke lapangan terbang ini di Terminal 2 dan 3 Changi, lapor akhbar The Straits Times.



Antara syarikat penerbangan yang terlibat adalah Singapore Airlines, Finnair, Jetstar Asia dan Air India.



Penjejak bagasi peribadi ini membolehkan penumpang yang berlepas dari atau yang mendarat di Lapangan Terbang Changi menjejaki status beg mereka serta menerima butiran terkini jika  ketibaan bagasi mereka di lapangan terbang ditangguhkan kerana cuaca buruk.



Keadaan ini berlaku ekoran masalah global tenaga manusia dalam sektor penerbangan awal tahun ini yang mengakibatkan kelewatan atau kehilangan bagasi dan pembatalan penerbangan kerana lapangan terbang di seluruh dunia saling  bersaing dengan permintaan kembara ke luar negara yang bertambah selepas pasca perintah berkurung sewaktu pandemik.



Walaupun Singapura dan Asia berusaha mengelakkan kekecohan urusan lapangan terbang sedemikian, pengendali  utama urusan darat di Lapangan Terbang Changi, Sats, melaporkan peningkatan jumlah bagasi yang hilang atau rosak.



Ini ekoran isu di lapangan terbang di mana mereka berlepas di samping kekurangan tenaga manusia.



Penumpang di Lapangan Terbang Changi boleh menjejaki beg mereka sehingga tiga hari selepas penerbangan mereka dengan fungsi ini, yang kini dalam format percubaan beta dan tersedia dalam aplikasi iChangi.



Usaha menjejak bagasi yang tiba akan diperkenalkan di Terminal 1 dan 4 menjelang awal 2023.



Menjawab pertanyaan media, Changi Airport Group (CAG) berkata ciri penjejak bagasi ini telah diuji dalam kalangan kakitangan CAG sebelum percubaan awam yang dibuat kini.

CAG menambah bilangan syarikat penerbangan yang akan terlibat dalam usaha ini  dijangka meningkat secara progresif.



Penjejak CAG yang mensintesis maklumat yang diberi syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dan sistem bagasi Lapangan Terbang Changi diperkenalkan semasa syarikat penerbangan seperti Delta Air Lines dan Korean Air melancarkan perkhidmatan serupa untuk membolehkan penumpang mengesan bagasi mereka yang telah didaftarkan.



Penjejak bagasi ini adalah yang pertama seumpamanya yang dilancarkan oleh sebuah lapangan terbang di Asia Tenggara, kata CAG dalam laman webnya.



Encik Yeo Kia Thye, pengarah urusan CAG bagi perancangan operasi lapangan terbang dan tepi udara, berkata:



“CAG berusaha untuk terus meningkatkan pengalaman perjalanan penumpang kami.



"Inovasi bagasi baharu kami membantu penumpang menjejaki di mana beg mereka berada semasa penerbangan mereka, memberikan mereka lebih ketenangan fikiran, dari daftar masuk sehingga mereka sampai ke destinasi mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >