Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan bagi relawan yang bekerja dengan banduan akan dipertingkatkan

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak bentuk latihan untuk sukarelawan yang bekerja dengan banduan dan bekas pesalah akan disediakan, sedang Khidmat Penjara Singapura (SPS) berusaha memanfaatkan pengalamannya bekerja dengan rakan masyarakat di tengah-tengah pandemik Covid-19.



SPS telah membuka tender untuk mengendalikan kursus latihan baru di bawah Rangka Kerja Pembangunan Pegawai Rehabilitasi Pesalah (Dorp), yang telah membantu melengkapkan sukarelawan dengan kemahiran bagi menyokong pemulihan dan penyepaduan semula bekas pesalah ke dalam masyarakat sejak tahun 2014.



Selain kursus yang dijalankan di kelas, tender yang dibuka bulan lalu itu meminta penyedia untuk menawarkan latihan melalui kaedah lain seperti pembelajaran dalam talian dan webinar.



Agensi Perkhidmatan Sosial (SSA) yang bekerja rapat dengan bekas pesalah memberitahu The Straits Times bahawa mereka mengalu-alukan kursus yang disediakan oleh SPS di bawah Dorp, kerana sukatan pelajaran dan bahan latihan yang dibangunkan oleh SPS dan vendornya menambah nilai kepada kerja yang mereka lakukan.



Kursus itu juga dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah.



Tetapi mereka berharap kursus baru itu dapat mengatasi masalah-masalah tertentu, terutama berkaitan dengan slot latihan yang terhad.



Persatuan Jagaan Lanjut Singapura (Saca) telah menjadi ejen pengurusan Dorp sejak rangka kerja itu dilancarkan pada 2014.



Ia memenangi tender sebelumnya yang ditawarkan oleh SPS pada 2018, dan ia sedang membida bagi tender terbaru.



Cik Goh Guat Tiang, 40 tahun, ketua program bagi latihan dan penyelidikan di Saca, berkata kumpulan tidak mencari untung itu menganjurkan satu atau dua kursus setiap bulan, dan telah menjalankan 15 kursus sejauh ini tahun ini.



Topik termasuk bekerja dengan pesalah yang mengalami masalah ketagihan, bekerja dengan keluarga pesalah, dan memahami pesalah dengan penyakit mental.



Dengan tender terbarunya, SPS berkata ia berharap dapat memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan bilangan ruang pembelajaran yang ada.



Penyedia latihan juga harus mengusulkan kursus yang memenuhi keperluan pelbagai kategori sukarelawan - daripada pendatang baru kepada yang lebih berpengalaman; dan daripada mereka yang bekerja dengan banduan kepada mereka yang bekerja dengan keluarga pesalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >