Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan Presiden Rwanda ke Singapura pererat hubungan dua hala

Sep 30, 2022 | 05:57 PM



PRESIDEN Rwanda, Encik Paul Kagame, telah bertemu dengan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, di Istana hari ini.



Menerusi laman Facebook beliau, Puan Halimah berkata mereka telah berbincang tentang pelbagai isu termasuk perang di Ukraine serta ketegangan geopolitik yang kian membentuk semula hubungan antarabangsa.







“Kami bersetuju bahawa institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai peranan penting dalam memastikan keamanan dunia walaupun banyak negara mendapati ada keperluan bagi reformasi untuk memastikan ia lebih berkesan,” ujarnya.



Tambahnya, Singapura dan Rwanda juga mempunyai hubungan baik dan bekerja rapat di forum antarabangsa sebagai negara kecil.



Puan Halimah turut mengalu-alukan usaha mempertingkat hubungan antara Singapura dengan Rwanda, khususnya dalam bidang yang penting bagi kedua-dua negara termasuk inovasi dan kerjasama ekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >