Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence: SG mesti kukuhkan perpaduan, cari jalan rapat jurang pemikiran berbeza

Jun 27, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA mesti mengukuhkan perpaduannya dengan mencari jalan bersama untuk merapatkan jurang dengan mereka yang mempunyai pemikiran yang berbeza.



Ini akan membolehkan negara ini dapat mencapai perpaduan dalam kepelbagaian, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam ucapannya semasa dialog penutup Parlimen Model Singapura (SMP) semalam.



"Covid-19 telah menunjukkan bahawa kita lebih kuat apabila kita bersatu.



"Kita mesti terus mencari cara memperkukuh perpaduan ini dengan mendekati kumpulan berbeza, bukan hanya untuk meyakinkan mereka dengan pandangan anda, tetapi juga untuk mendengar dengan terbuka dan rendah hati.



"Jangan terlalu pantas menghukum atau memaksa orang lain terima pandangan kita, sebaliknya cuba mencari jalan pertengahan dan berusaha merapatkan jurang dengan mereka yang berfikiran berbeza daripada kita.



"Itulah caranya kita boleh mencapai perpaduan dalam kepelbagaian dan memanfaatkan perspektif dan idea kita yang berbeza untuk mencapai hasil lebih baik bagi semua," ujar Encik Wong.



SMP, yang berlangsung sejak 19 Jun, merupakan program anjuran unit maklum balas pemerintah Reach yang menyediakan peluang bagi para belia memahami proses Parlimen dan penggubalan dasar di Singapura.



Kali pertama dilancarkan pada 2012 dan diadakan buat kali ketujuh tahun ini, SMP 2021 dihadiri 200 peserta dan pemerhati.



Sebanyak 57 peratus peserta merupakan pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan maktab rendah sementara lagi 43 peratus merupakan penuntut universiti.



Kata Pengerusi Reach yang juga Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How:



"Buat kali pertama dalam sejarah SMP, kami memperkasa para belia memilih topik sendiri bagi simulasi usul parlimen tahun ini.



"Mutu perdebatan tentang perpaduan sosial dan kesejahteraan mental amat mengagumkan kerana para belia kita meluahkan banyak pandangan mereka terhadap dasar serta idea yang mereka miliki."



Seorang peserta, Cik Alyssa Almas Mohamad Shamsuri, 21 tahun, menganggap peluang mengambil bahagian dalam SMP tahun ini sebagai cara mempelajari selok-belok 'di belakang tabir' Parlimen.



"Memang senang untuk kita mengkritik, misalnya kenapa rang undang-undang ini diluluskan atau kenapa isu ini tidak dibahaskan...tetapi ramai yang tak tahu tentang proses parlimen.



"Dengan kita lebih memahami proses ini, ia dapat membantu dalam menguruskan jangkaan kita," kata penuntut tahun ketiga jurusan Sosiologi di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) itu ketika dihubungi.



Beliau berkata pengajaran terbesar yang digarapnya ialah mendengar dan mempelajari daripada warga Singapura lain yang pelbagai latar belakang.



"Ramai di antara kita yang mempunyai pendapat yang berbeza, malah kadang kita dapat belajar sesuatu yang mungkin kita tak pernah dengar atau fikirkan sekali pun," ujarnya.



Laporan lanjut: Lawrence: Usaha bina masyarakat berbilang kaum masih berterusan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >