Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Layani sesama warga bak kawan, bukan lawan: Edwin Tong

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA hanya boleh memperkukuh dasar kepelbagaian kaum jika setiap orang melayani rakyat Singapura sebagai rakan dan bukan musuh untuk dihadapi, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Beliau menambah bahawa kerjasama seluruh masyarakat bersama pemerintah, industri dan masyarakat diperlukan untuk mencapai perkara tersebut.



Kejadian berbaur perkauman baru-baru ini telah mengetengahkan kesan polarisasi di wadah dalam talian dan media sosial, dan negara ini mesti berjaga-jaga terhadap perpecahan sedemikian, kata Encik Tong.



Memberi contoh inisiatif yang diusahakan untuk memupuk norma sosial bagi tingkah laku dan wacana dalam talian secara hormat, beliau berkata:



"Contohnya, Majlis Celik Media (MLC) menggalak tingkah laku dalam talian yang bertanggungjawab dengan bekerjasama dengan rakan untuk menyokong projek oleh belia kita yang mempromosi nilai-nilai hormat, tanggungjawab, empati dan kewibawaan yang dikongsi; serta tingkah laku dalam talian yang menunjukkan keselamatan, tanggungjawab dan kesopanan."



Encik Tong menambah bahawa syarikat media sosial juga memainkan peranan dengan mengendalikan kandungan dalam platform mereka.



Ini dilakukan dengan memperbaiki dan menguatkuasakan dasar untuk memadam kandungan yang menggalak keganasan terhadap individu berdasarkan kaum atau etnik mereka.



Contohnya, Facebook mempunyai Standard Masyarakat, yang mengklasifikasikan "ucapan kebencian" sebagai "kandungan tidak menyenangkan", dan Twitter juga mempunyai dasar serupa bagi kelakuan benci.



"Pemerintah bekerjasama dengan syarikat media sosial ini untuk menggalak wacana dalam talian yang sihat," kata Encik Tong.



Tambahnya, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) turut menggalak projek masyarakat yang menggalak keharmonian kaum dan agama, termasuk projek yang memanfaatkan platform digital dan dalam talian.



Sokongan pembiayaan disediakan menerusi Dana Harmoni, dan kementerian itu bekerjasama dengan pertubuhan masyarakat untuk menganjurkan daya usaha sedemikian.



Pendekatan pelbagai rampang negara ini untuk menangani perkauman dan diskriminasi turut melibatkan penguatkuasaan dan rangka kerja undang-undang bagi menangani kes yang betul-betul menjejas keharmonian kaum dan awam.



Misalnya, Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA), seperti yang dipinda pada 2019, membolehkan pemerintah bertindak secara lebih berkesan terhadap kejadian ketidakharmonian agama, dan memperkukuh perlindungan terhadap pengaruh asing yang mengancam keharmonian agama.



Pemerintah juga memupuk perbincangan terbuka, bermakna dan bertanggungjawab mengenai kaum dan agama, kata Encik Tong.



Ini dengan kerjasama pihak berkepentingan dalam sektor awam, swasta dan masyarakat untuk mengenal pasti dan melengkapi individu dengan kemahiran relevan agar mereka boleh mewujudkan ruang selamat bagi topik sensitif dibincangkan.



Selain itu, pemerintah komited memperluaskan ruang bersama di mana semua rakyat Singapura boleh hidup, bekerja dan bermain bersama, dan mengongsi pengalaman yang menyatukan semua.



MCCY juga bekerjasama dengan agensi pemerintah dan rakan masyarakat untuk menyediakan peluang kepada rakyat Singapura daripada pelbagai latar belakang berinteraksi antara satu sama lain, termasuk acara yang dianjurkan badan seni, warisan dan sukan, Persatuan Rakyat (PA) dan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC).



Encik Tong berkata pendekatan Singapura dalam mengekalkan ruang bersama telah mencipta ruang bagi setiap masyarakat menikmati warisan budaya yang pelbagai tanpa meminta mana-mana masyarakat melepaskan warisannya yang kaya.



"Lama-kelamaan, kita telah mencapai keseimbangan yang dapat diterima semua masyarakat dan ini telah membolehkan kita hidup bersama dengan aman untuk lebih separuh abad.



"Pendekatan ini kekal penting dalam menangani perkauman dan diskriminasi kaum, dan memperkukuh keharmonian kaum dan agama di Singapura. Kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan," kata beliau.




CIPTA RUANG BERSAMA



"Lama-kelamaan, kita telah mencapai keseimbangan yang dapat diterima semua masyarakat dan ini telah membolehkan kita hidup bersama dengan aman untuk lebih separuh abad.



Pendekatan ini kekal penting dalam menangani perkauman dan diskriminasi kaum, dan memperkukuh keharmonian kaum dan agama di Singapura. Kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan."



- Encik Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >