Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,000 koleksi hadiah negara kini dipamer di Galeri Warisan Istana

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 1,000 barangan yang menjadi sebahagian koleksi hadiah negara di Istana melambangkan diplomasi, memperingati pertemuan bersama pemimpin luar negara, dan mencerminkan ciri-ciri tersendiri negara asal mereka.



Sebuah projek multimedia baru yang dilancarkan semalam, akan membolehkan orang ramai untuk mengenali hadiah yang telah diterima Singapura daripada negara lain, dan mengalami tujuh daripadanya dalam suasana 3D menerusi realiti terimbuh (AR).



Dinamakan Art Of Diplomacy: State Gifts In The Istana's Collection, projek tersebut - kerjasama antara The Straits Times (ST) dan Pejabat Presiden - dilancarkan Presiden Halimah Yacob dan Encik Warren Fernandez, ketua editor Kumpulan Inggeris, Melayu dan Tamil (EMTM) SPH Media Trust, serta editor ST.



Majlis pelancaran di Galeri Warisan Istana diadakan bersama pembukaan semulanya setelah kerja pengubahsuaian. Tujuh daripada 19 hadiah yang diketengahkan dalam projek tersebut merupakan sebahagian pameran galeri yang diberi nafas baru, yang kini hanya boleh diakses penerima bantuan tertentu.



Istana berkata dalam satu kenyataan bahawa projek tersebut merupakan sambungan usahanya memanfaatkan teknologi untuk mendekati lebih ramai orang dan membolehkan orang ramai untuk mempelajari lebih tentang kepentingan koleksi hadiah negara.



Antara barangan yang diketengahkan ialah pasu yang dihadiahkan kepada Puan Halimah pada April 2018 oleh Perdana Menteri Vietnam ketika itu, Encik Nguyen Xuan Phuc, ketika lawatannya ke Singapura. Pasu itu menggambarkan pemandangan Marina Bay Singapura dan Halong Bay Vietnam.



Hadiah lain mempamerkan hubungan antara negara dalam cara yang lebih simbolik.



Bekas tertutup yang dinamakan Garden of Blossoms, yang diberikan Presiden China Xi Jinping kepada Puan Halimah sewaktu lawatannya ke Beijing pada Mei 2019, ialah antaranya. Ia menggabungkan corak tenunan benang emas dengan teknik filigri, yang bertujuan melambangkan hubungan rapat dan kesalingbergantungan antara negara, yang dibina menerusi pembelajaran dan pertukaran bersama.



Bagi hadiah negara dalam 3D, pembaca boleh melihatnya dengan 'meletakkannya' di meja atau permukaan rata. Mereka perlu memuat turun aplikasi mudah alih ST yang akan membolehkan ciri AR itu.



Encik Fernandez berkata hadiah ini adalah khazanah (treasures) negara dan ada baiknya orang ramai kini dapat melihat dan mempelajari lebih tentangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >