Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Lebih 3,000 belia nadi Perarakan Chingay 2023

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih 3,000 belia nadi Perarakan Chingay 2023

Dec 18, 2022 | 02:17 PM

PERARAKAN Chingay 2023 yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Februari depan di Bangunan Pit F1 akan menyatukan lebih 3,000 belia dalam persembahan dan kegiatan penuh warna-warni.

Dalam satu kenyataan pada Ahad (18 Disember) Persatuan Rakyat (PA) menyatakan perarakan ini akan kembali secara fizikal selepas dua tahun menjalankannya secara hibrid dan digital.

Justeru, hadirin diminta bersiap sedia bagi pengalaman pelbagai deria yang menyeronokkan apabila Chingay 2023 dijangka akan membawa anda menebar imaginasi dan kreativiti melalui persembahan yang kaya dengan suntikan tenaga si muda remaja.

Turut dipaparkan adalah ruang seni masyarakat yang dibina bersama belia, di mana karya seni itu menjadi suara tenaga dan impian anak muda lantas menambah suasana perayaan perarakan berkenaan.

Di tengah-tengah perarakan, akan terbina Seni Pemasangan Kontena yang unik dan terhasil daripada gabungan kontena 20 kaki dan 40 kaki yang direka dan difikirkan konsepnya oleh seniman setempat, Cik Sam Lo.

Seni Pemasangan Kontena setinggi 18 meter dan menjangkau lebih 60 meter ini dibina bersama 480 belia.

Ia akan menjadi latar perarakan Chingay 2023 dan merupakan seni pemasangan masyarakat terbesar pernah dihasilkan untuk Perarakan Chingay.

Menurut PA lagi, belia yang terlibat akan menyembur cat bagi melahirkan visi ‘Mendakap Hari Esok’ sementara memberi sentuhan kontemporari pada perarakan berkenaan.

Karya seni ini menggambarkan seorang penggiat seni Chingay yang dikelilingi pelbagai unsur berbeza yang ikonik dalam perarakan berkenaan seperti motif budaya, kostum dan prop.

Ia juga menggambarkan jaringan tangan sebagai lambang masyarakat berbeza yang bersatu hati bagi meraikan Chingay serta budaya Singapura yang unik. 

“Paparan penari yang bergerak menuju ke mentari pula melambangkan kehidupan baru yang mengingatkan kita untuk kekal mengharapkan yang terbaik bagi hari esok dan berdaya bingkas meskipun kita mengatasi tempoh mencabar bersama sebagai sebuah negara,” tambah PA.

Belia turut melahirkan nyala rasa, minat dan cita-cita mereka dalam bentuk projek kerja seni Rabbits ART-Venture yang menggambarkan Singapura yang fokus pada masa depannya.

Tahun Arnab membawa tenaga yang diperbarui dan bersedia dan teruja untuk mengharungi masa depan.

Lebih 2,000 pelajar daripada lapan sekolah dan institusi akan bergabung kreativiti dan imaginasi dengan seniman masyarakat untuk menghiasi ‘Arnab Chingay’ dalam pelbagai saiz mengikut tema ‘Singapura Akan Datang’.

Chingay 2023 juga merupakan platform memaparkan bakat muda setempat yang berpotensi menerusi peraduan “We’ve Got Talent!” (WGT) dan Peraduan Tarian D:2 (Dynamic: Diversity).

Juara yang meraih gelaran The Chingay Community Star 2023 dan kumpulan tarian yang menang akan membuat persembahan di Bangunan Pit F1 dan Chingay@Heartlands.

Lungsuri laman https://www.chingay.gov.sg, laman Facebook Chingay @ChingayParadeSG, dan Instagram @chingayparadesg. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3