Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 300,000 pelajar daftar bagi vaksinasi sejauh ini

Maliki: Respons bagi setiap kumpulan pelajar kini berada pada kadar 80-90%
Jun 15, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 300,000 pelajar di semua peringkat seluruh Singapura telah mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19, dengan sekitar 101,000 daripada mereka sudah pun menerima dos pertama.



Tiga pusat vaksinasi Kementerian Pendidikan (MOE) kini tersedia - di kampus Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, ITE Kolej East dan ITE Kolej West - untuk menyokong usaha vaksinasi pelajar di sini.



Memberikan perangkaan terbaru berkaitan usaha inokulasi pelajar, Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, menambah sekitar 354,000 undangan khidmat pesanan ringkas (SMS) telah dihantarkan kepada pelajar bagi menggalak mereka untuk mendaftar.



Dalam pada itu, sekitar 90 peratus jumlah pelajar yang bakal menamatkan pengajian telah berdaftar dengan 75 peratus daripada mereka sudah pun menerima dos pertama vaksin itu, kata Dr Maliki selepas kunjungannya ke pusat vaksinasi kampus ITE Kolej West yang mula beroperasi semalam.



Ia juga merupakan hari pertama vaksinasi bagi pelajar ITE, dengan sembilan dalam 10 daripada mereka sudah pun berdaftar, tambah Dr Maliki.



Respons bagi setiap kumpulan pelajar kini berada pada kadar 80 hingga 90 peratus secara am, katanya.



"Kami berharap semua pelajar dapat mendaftarkan diri untuk divaksin pada akhir Jun.



"Bagi dos kedua, kami harap semua dapat menerimanya pada akhir Ogos, namun ini semua bergantung pada kadar respons, dan sejauh ini sambutan cukup menggalakkan," ujarnya.



Pihak sekolah kini dalam proses menghubungi ibu bapa pelajar yang belum memberikan respons terhadap undangan vaksinasi untuk memahami keprihatinan mereka dan menawarkan bantuan jika diperlukan, tambah Dr Maliki.



"Isu yang mereka hadapi antaranya mungkin apabila ibu bapa tidak tahu bagaimana (untuk mendaftarkan anak mereka). Ia juga mungkin kerana mereka kurang selesa dengan sistem dalam talian.



"Mungkin juga ibu bapa bimbang tentang keselamatan dan untuk itu, guru-guru sedang berusaha untuk mendekati mereka," katanya.



Ibu bapa yang bekerja atau mempunyai anak kecil untuk dijaga pula mungkin tidak mempunyai masa menghantar anak-anak mereka untuk menerima vaksin, katanya.



"Untuk golongan ini, kami ingin yakinkan mereka bahawa mereka hanya perlu mendapatkan bantuan dari pihak sekolah atau guru sebaik sekolah dibuka semula, dan pihak sekolah bersedia untuk membantu membawa sekumpulan pelajar ke pusat vaksinasi, atau menyediakan pengangkutan yang lebih baik untuk mereka ke sana," ujarnya.



Menurut pengumuman MOE sebelum ini, Singapura akan menawarkan vaksinasi Covid-19 kepada lebih 400,000 pelajar di sekolah dan institut pendidikan tinggi, termasuk universiti berautonomi, politeknik dan ITE.



Sementara itu, MOE mengumumkan semalam bahawa kanak-kanak darjah satu hingga tiga akan meneruskan pembelajaran di rumah (HBL) dari 28 Jun apabila penggal ketiga bermula.



Ia merupakan sebahagian langkah bagi memastikan para pelajar dan kakitangan kembali ke sekolah dengan selamat selepas cuti sekolah Jun ini.



Pelajar menengah satu dan dua akan juga meneruskan HBL sehingga 30 Jun dan kembali ke sekolah hanya pada 1 Julai.



Hanya kanak-kanak darjah empat hingga enam, para pelajar menengah tiga hingga lima dan maktab rendah dan Institusi Millenia akan kembali ke sekolah pada 28 Jun ini apabila penggal tiga bermula.



MOE menyatakan semua pelajar akan kembali ke sekolah dari 6 Julai.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >