Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 3,200 karton rokok tak bayar cukai dirampas

Jan 01, 2022 | 05:30 AM



LEBIH daripada 3,200 karton rokok tidak dibayar cukai telah dirampas oleh pegawai Kastam Singapura semasa operasi yang dijalankan di sebuah unit perindustrian berhampiran Loyang Drive pada Selasa lalu.



Seorang budak lelaki berusia 16 tahun dan tiga lelaki telah ditahan semasa operasi tersebut, kata Kastam Singapura dalam satu kenyataannya semalam.



Dua daripada mereka didakwa di mahkamah pada Khamis lalu, manakala siasatan untuk dua lagi sedang dijalankan.



Sewaktu operasi itu, pegawai kastam memeriksa seorang suspek lelaki yang menghampiri sebuah van selepas dia meninggalkan unit perindustrian itu.



Pada masa yang sama, pegawai bergerak masuk untuk memeriksa unit itu dan mendapati seorang lelaki lain sedang mengambil rokok tidak dibayar cukai yang disembunyikan di dalam bingkai katil sebelum memasukkannya ke dalam beg kanvas.



Kedua-dua suspek telah ditahan dan dua kenderaan - sebuah lori dan sebuah van - telah dirampas. Dua lagi lelaki lain kemudiannya ditahan kerana didakwa terlibat dalam penjualan haram itu.



Sebanyak 3,232 karton rokok tidak dibayar cukai yang ditemui semasa operasi itu berjumlah sekitar $298,000 dalam cukai yang cuba dielakkan.



Kastam turut menemui 1,056 kotak pod e-rokok dan 247 alat vape di dalam bilik stor unit industri itu.



Kes itu telah dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk siasatan lanjut.



Ini adalah yang terbaru dalam siri operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa sekitar Disember untuk membanteras penyeludupan dan pembelian barangan kontraban.



Lebih 463,000 paket rokok haram telah dirampas tahun ini.



Ianya telah disembunyikan dalam barang-barang seperti kipas pengudaraan, tilam dan juga patung dewa Cina.



Kelmarin, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menggagalkan percubaan menyeludup masuk 600 karton rokok tanpa cukai yang disembunyikan dalam penghawa dingin ke Singapura.



Ini adalah kali kedua dalam tempoh kurang tiga minggu pegawainya mengesan kaedah penyeludupan yang sama, kata ICA dalam catatan Facebook.



Pada awal bulan lalu, pegawai kastam menangkap 15 lelaki dalam satu operasi seluruh negara terhadap mereka yang membeli rokok tanpa cukai di platform dalam talian atau melalui penjaja di tempat letak kereta kenderaan berat.



Pegawai menyamar sebagai pekerja kurier untuk menghantar bungkusan dengan rokok tanpa cukai yang telah dipintas oleh ICA, dan menangkap mereka yang menerima bungkusan itu.



Dua daripada pembeli ini telah ditangkap, dan 13 lagi lelaki warga Singapura, berumur antara 21 dengan 59 tahun, dikenakan didenda antara $500 dengan $5,000.



Pegawai kastam turut merampas sejumlah 4,137 batang rokok semasa operasi itu, yang membawa kepada hampir $2,800 cukai yang cuba dielakkan.



Mereka yang membeli barangan tanpa cukai boleh dikenakan denda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai yang dielakkan dan dipenjarakan sehingga enam tahun, kata kastam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >