Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 60% murid sekolah pendidikan khas telah daftar slot vaksinasi

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 60 peratus daripada 3,900 murid sekolah pendidikan khas (Sped) yang dijemput mendaftar bagi vaksinasi Covid-19 telah melakukan demikian, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam jawapannya kepada pertanyaan media semalam.



Program vaksinasi bagi murid Sped berusia enam hingga 11 tahun dimulakan semalam, dengan empat sekolah terlibat.



Sekolah itu ialah Sekolah Katong APSN, Sekolah Lighthouse, Sekolah Lee Kong Chian Gardens Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (MINDS) dan Sekolah Towner Gardens MINDS.



Pasukan vaksinasi bergerak dengan kakitangan terlatih dalam menangani vaksinasi bagi kanak-kanak istimewa telah dikerah ke sekolah tersebut.



Program vaksinasi itu akan melibatkan kesemua 20 sekolah Sped secara berperingkat, kata MOE.



Timbalan Pengarah Pusat Kesihatan Pelajar Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Dr Premila Hirubalan, berkata kakitangan yang dikerah memberi suntikan kepada murid ini pernah memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak tersebut semasa pemeriksaan kesihatan rutin tahunan serta semasa program vaksinasi Covid-19 bagi pelajar berusia 12 tahun ke atas antara Jun dengan Julai 2021, menurut The Straits Times.



HPB juga telah mengambil kira langkah yang dapat melancarkan proses vaksinasi bagi murid sekolah Sped.



Ini termasuk membenarkan sehingga dua penjaga untuk menemani kanak-kanak itu daripada peringkat pendaftaran dan saringan sehingga suntikan vaksin dan pemerhatian, kata Dr Premila.



"Bagi program vaksinasi di sekolah Sped, pasukan menyediakan panduan grafik perjalanan murid dan gambar pakaian seragam kakitangan kami untuk dikongsi dengan ibu bapa dan anak sebelum vaksinasi, supaya mereka mempunyai idea yang lebih baik tentang apa dan siapa yang boleh dijangkakan semasa vaksinasi," kata beliau.



Pekerja penjagaan kesihatan juga akan menerangkan setiap langkah prosedur vaksinasi kepada kedua-dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka secara ringkas untuk memastikan kanak-kanak bersedia menerima suntikan itu, tambahnya.



"Kami juga memberi masa yang mencukupi untuk kanak-kanak itu berehat sebelum dia bersedia diberi vaksin. Jika kanak-kanak itu memerlukan masa untuk bertenang, dia boleh berehat di kawasan 'cool down' yang ditetapkan," ujar Dr Hirubalan lagi.



Bersama-sama kakitangan sekolah dan ibu bapa, pasukan itu akan cuba memenuhi keperluan unik setiap kanak-kanak, katanya.



Sebelum program vaksinasi bagi sekolah Sped bermula, MOE dan Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengadakan dua webinar bagi ibu bapa pelajar Sped pada 29 Disember 2021 dan 6 Januari lalu untuk menjawab sebarang pertanyaan berkenaan vaksinasi bagi anak-anak mereka.



Sementara itu, MOE berkata:



"Vaksinasi akan membantu melindungi anak-anak kita daripada kesan sampingan Covid-19 yang serius.



"Kami amat menggalakkan ibu bapa atau penjaga mendapatkan vaksinasi bagi anak mereka jika mereka layak dari segi perubatan."




"Vaksinasi akan membantu melindungi anak-anak kita daripada kesan sampingan Covid-19 yang serius.

Kami amat menggalakkan ibu bapa atau penjaga mendapatkan vaksinasi bagi anak mereka jika mereka layak dari segi perubatan."

- Kementerian Pendidikan (MOE).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >