Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 600 bas awam akan dibaik pulih: LTA

Jun 23, 2023 | 03:20 PM



Lebih 630 bas awam yang menghampiri usia operasi 10 tahun dijangka menjalani kerja membaik pulih antara 2023 dengan 2025.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata kerja pembaharuan dan membaik pulih itu bertujuan membetulkan sebarang isu kerosakan serta mengekalkan keadaan bas.

LTA telah membuka tender pada Khamis untuk melantik kontraktor bagi menjalankan kerja membaik pulih itu.

Ia termasuk menggantikan tempat duduk bas, penutup lantai, pengedap untuk tingkap bas dan cermin depan dan komponen untuk sistem pintu bas.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), LTA berkata kerja membaik pulih itu akan dilakukan pada bas satu tingkat dan dua tingkat.


Bergantung pada sumber kontraktor yang dilantik, kerja membaik pulih sebuah bas dijangka mengambil masa kira–kira seminggu.

LTA menambah bahawa ia akan bekerjasama dengan kontraktor dan pengendali bas awam untuk menguruskan jadual kerja pembaharuan itu dan memastikan operasi bas berjalan seperti biasa.

Lebih 630 bas yang akan dibaik pulih itu merupakan kenderaan diesel dan ia dijangka terus beroperasi sehingga akhir tempoh penggunaannya. Bas awam di Singapura mempunyai tempoh penggunaan selama 17 tahun.

LTA menetapkan sasaran memastikan semua bas awam di Singapura menggunakan tenaga lebih bersih menjelang 2040, dengan separuh daripada bas awam akan menjadi bas elektrik menjelang 2030.

Sehingga Mei 2022, sekitar 5,800 bas awam di Singapura mempunyai purata umur lapan tahun.

Untuk menentukan skop bagi kerja membaik pulih itu, LTA sebelum ini menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 400 bas awam untuk memeriksa keadaan fizikalnya.

Ini kali pertama LTA melaksanakan kerja pembaharuan dan membaik pulih sejak sektor bas awam beralih kepada model kontrak pada 2016.

Model kontrak ini diperkenalkan untuk meningkatkan piawaian perkhidmatan dan memberi persaingan ke dalam sektor bas awam.

Di bawah model kontrak bas ini, LTA mempunyai pemilikan semua aset dan infrastruktur operasi, termasuk bas.

Pengendali pengangkutan awam perlu membida kontrak untuk menjalankan perkhidmatan bas di sini dan mereka dibayar untuk berbuat demikian mengikut piawaian yang ditetapkan oleh LTA.

Sebelum model kontrak ini diperkenalkan, pengendali pengangkutan awam memiliki bas dan menjalankan kerja membaik pulih sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >