Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 600 pengecas kenderaan elektrik bakal dipasang di 200 tempat letak kereta

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 600 pengecas kenderaan elektrik (EV) akan dipasang di sekitar 200 tempat letak kenderaan awam di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kawasan perindustrian dan kawasan pusat bandar dalam tempoh 12 bulan akan datang.



Pengecas itu akan mula dipasang menjelang hujung tahun ini.



Menjelang suku ketiga tahun depan, sebanyak 210 tempat mengecas akan dipasang di kawasan tengah, 50 di utara, 100 di timur laut, 120 di timur dan 140 di barat.



Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam berkata sebuah konsortium yang terdiri daripada ComfortDelGro Engineering dan Engie South East Asia telah diberikan tender untuk menubuhkan tempat mengecas EV di tempat letak kereta terpilih di kawasan pusat, timur dan barat.



Satu lagi konsortium yang terdiri daripada Primech A&P, Charge+, Sunseap Group dan Oyika telah meraih tender untuk memasang infrastruktur pengecasan di tempat letak kereta di kawasan utara dan timur laut.



Tender tersebut, yang merupakan tender perintis yang dikeluarkan pada November tahun lalu, adalah langkah pertama untuk mencapai sasaran nasional bagi memasang sebanyak 40,000 tempat mengecas di tempat letak kereta awam menjelang 2030.



URA dan LTA berkata mereka ingin memastikan bahawa tender perintis untuk tempat mengecas itu diberikan kepada pengendali dengan perkhidmatan pengecasan yang bermutu, model perniagaan yang mampan dari segi kewangan dan harga pengecasan yang berdaya saing.



"Oleh itu, agensi menggunakan kaedah kualiti harga untuk menilai dan memilih saranan yang akan memberikan nilai terbaik bagi pengguna dan pihak berkuasa," kata kededua agensi itu.



Konsortium itu akan membayar yuran antara $0.108 per kilowatt-jam (kWj) dan $0.154/kWh kepada pemerintah bagi elektrik yang digunakan untuk tempat mengecas itu.



Menteri Pengangkutan S. Iswaran berkata dalam ucapannya pada Hari Industri Pengangkutan Darat semalam bahawa pembangunan rangkaian pengecasan EV ialah komponen utama dalam strategi Singapura untuk mempromosikan kenderaan elektrik.



Encik Iswaran berkata Kementerian Pengangkutan dan LTA telah mengusahakan reka bentuk struktur pasaran bagi pengecasan EV di tempat letak kenderaan kediaman awam, serta peningkatan yang diperlukan kepada infrastruktur elektrik.



Beliau juga berkata LTA dan pengendali pengangkutan awam akan berusaha menghasilkan lebih banyak tenaga suria daripada infrastruktur pengangkutan awam.



LTA akan melancarkan tender bagi menggunakan lebih banyak sistem fotovoltaik suria, kemungkinan melalui model penyewaan, tidak lama lagi, tambah Encik Iswaran.



Di acara semalam, Encik Iswaran turut mengumumkan peningkatan pada set garis panduan nasional bagi pembangunan kenderaan tanpa pemandu atau kenderaan autonomi (AV), yang dikenali sebagai Rujukan Teknikal 68 (TR 68).



TR 68 yang dipertingkat itu memperkenalkan garis panduan baru dalam bahagian seperti keselamatan operasi dalam desain perisian, pembelajaran mesin dan keselamatan siber.



Ia juga telah menjadi rujukan dalam pembangunan ISO 37181 mengenai "Infrastruktur masyarakat pintar - pengangkutan pintar oleh kenderaan autonomi di jalan raya awam".



"Ini menunjukkan bagaimana, melalui TR68, Singapura juga dapat menyumbang kepada menetapkan piawaian global bagi penggunaan teknologi AV," tambah Encik Iswaran.



Selain itu, gesaan inovasi kedua LTA dan Enterprise Singapore (ESG), yang dipanggil "Xcite" atau singkatan bagi 'Accelerationg Co-Innovation for Transformation & Export', juga dilancarkan semalam.



Xcite adalah susulan gesaan inovasi pertama, Gov-PACT, yang diumumkan di Hari Industri Pengangkutan Darat pada 2019.



Gesaan sulung itu menyaksikan lapan projek inovasi telah dibangunkan dan diuji, kongsi Encik Iswaran.



Di bawah Xcite, enam kenyataan masalah (problem statement) telah dikenal pasti di bawah tiga tema - penyelenggaraan berkesan, aset selamat dan produktiviti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >