Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 70 warga emas dimasukkan ke kemudahan rawatan masyarakat Covid-19 pertama S'pura

Sep 30, 2021 | 04:39 PM



SEKITAR 75 warga emas yang  mengalami Covid-19 telah dimasukkan ke kemudahan rawatan masyarakat pertama (CTF) Singapura, kata ketua pegawai operasi Woodlands Health yang mengendalikan CTF itu, Dr Wong Kirk Chuan, pada Khamis (30 September).


Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan pada 19 September bahawa kemudahan itu akan didirikan sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes Covid-19 di sini sejak bulan lalu.


Terletak di Rumah Penjagaan Kesihatan NTUC di Tampines, CTF itu dibuka dan mula menerima pesakit pertamanya pada 23 September, hanya satu minggu selepas MOH menghubungi Woodlands Health untuk mendapatkan bantuan, kata Dr Wong, menurut laporan The Straits Times.


Ia bertujuan merawat pesakit warga emas yang stabil dan mengalami simptom ringan, tetapi mempunyai penyakit kronik lain - seperti sistem imun yang lemah - yang menyebabkan mereka berisiko lebih tinggi menjadi lebih tenat.


Kemudahan itu dapat membantu hospital, yang menghadapi tekanan dalam beberapa minggu kebelakangan, untuk menerima pesakit Covid-19 yang sakit lebih teruk.


Dr Wong berkata pada 16 September, MOH meminta Woodlands Health dengan segera mendirikan kemudahan dalam masyarakat yang dapat menguruskan warga emas yang dijangkiti Covid-19.


"Kami mencari kemudahan yang membolehkan kami memberi penjagaan, dengan pengubahsuaian minimum, kepada warga emas berusia 80-an dan 90-an tahun, dengan selamat dan dengan sokongan perubatan dan kejururawatan sewajarnya," jelasnya.


Dalam masa 24 jam, rumah penjagaan tersebut dikenal pasti sebagai tempat yang sesuai dan pihak pengurusannya bersetuju untuk membenarkan Woodlands Health menggunakan kemudahan itu.


Woodlands Health, yang sebelum ini mendirikan dan menguruskan kemudahan penjagaan masyarakat (CCF), seperti di D'Resort NTUC dan Expo, memanfaatkan pengalaman lalunya bagi menubuhkan CTF baru itu.


Sejauh ini, tiga daripada lima tingkat di kemudahan itu telah dibuka dan menerima pesakit, dan lebih banyak lagi akan dibuka jika perlu, kata Dr Wong. CTF itu menyediakan sekitar 250 tempat tidur.


Pesakit dijangka dirawat sekitar 10 hingga 21 hari di CTF itu, bergantung kepada keadaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >