Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lebih 96,000 warga emas belum buat janji temu vaksinasi

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



LEBIH daripada 96,000 warga emas, iaitu 21 peratus dalam kalangan mereka yang berusia 70 tahun ke atas, belum lagi membuat tempahan bagi janji temuvaksinasi.



Ini merupakan enam mata peratusan lebih tinggi daripada keseluruhan bilangan penduduk awam, kata Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Memberikan perkembangan terkini berhubung keadaan vaksinasi seluruh negara, Dr Janil memberitahu parlimen bahawa 61 peratus penduduk telah menamatkan proses vaksinasi dua dos penuh sehingga Sabtu lalu.



Kemajuan stabil juga dapat dilihat dalam kalangan warga emas, katanya, dengan 79 peratus mereka yang berusia 70 tahun ke atas, telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos dan sekitar 1,000 warga emas yang mendaftarkan diri setiap hari.



Kakitangan dan sukarelawan daripada Persatuan Rakyat dan Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) telah mempertingkat usaha mendekati warga emas melalui lawatan rumah ke rumah dan dialog bagi mendekati golongan ini.



Dr Janil berkata para kakitangan dan sukarelawan ini dilatih dan dilengkapi dengan kit maklumat untuk memperbetul sebarang salah tanggapan mengenai vaksin mRNA dan mengurangkan kebimbangan warga tua.



MOH juga telah menggesa doktor awam untuk menggalak warga tua yang merupakan pesakit biasa mereka agar mengambil vaksinasi Covid-19.



Selain itu, Dr Janil juga memberitahu bahawa pasukan vaksinasi bergerak telah dikerahkan untuk menawarkan warga tua yang sukar bergerak dan terlantar di atas katil untuk melakukan vaksinasi di rumah mereka dan juga di kawasan perumahan.



Khidmat itu telah bermula di beberapa kawasan perumahan yang mempunyai bilangan warga emas yang tinggi serta melengkapi usaha vaksinasi utama di pusat vaksinasi kesemua boleh diakses kerusi roda.



"Kita akan terus mendekati seberapa ramai warga emas yang boleh dan menggalak mereka untuk mendapatkan vaksinasi," kata Dr Janil.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) yang bertanyakan tentang ketidaksediaan untuk mengambil vaksinasi dalam kalangan warga emas dan usaha untuk mengekang salah maklumat.



Dr Janil berkata Kementerian Kesihatan (MOH) sedang berusaha untuk menangani salah maklumat berkaitan vaksin dengan menyebarkan infografik tetapi menekankan mengatasi masalah ini memerlukan penglibatan seluruh masyarakat.



"Semua orang mempunyai tanggungjawab dan ia bukan satu mitos, tetapi sebagai satu masyarakat, kita perlu memastikan bahawa semua warga termasuk keluarga, teman, teman sekerja mempunyai maklumat yang boleh dipercayai dan tidak menyebarkan maklumat palsu dan salah tanggapan," gesa Dr Janil.



Beliau menambah MOH akan terus memperbetulkan maklumat palsu dengan mengetengahkan fakta dan pengesahan tepat pada masanya menerusi pihak media serta pelbagai platform media sosial lain.



Sementara itu, Dr Janil juga menambah kementeriannya sedang menyemak bagaimana pemegang Pas Lawatan Jangka Pendek (STVP), terutama mereka yang mudah terdedah dan telah berada di Singapura bagi tempoh lanjutan akibat sekatan Covid-19, mungkin boleh menerima vaksinasi.



"Program vaksinasi negara akan merangkumi semua yang menjadikan Singapura rumah mereka atau sudah berada di sini bagi tempoh lanjutan.



"Kita akan membuat mengumumkan lebih banyak perincian kelak," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >