Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak gerai akan dibuka di bazar di Geylang Serai

Apr 5, 2022 | 1:45 PM
KEHADIRAN BAZAR RAMADAN DISAMBUT BAIK: Setelah dua tahun tanpa kehadiran bazar Ramadan, bazar di Geylang Serai mendapat sambutan amat baik dengan orang ramai sanggup beratur panjang hanya untuk memasuki kawasan bazar. - Foto BH oleh HARITH REDZUAN MUSTAFFA
KEHADIRAN BAZAR RAMADAN DISAMBUT BAIK: Setelah dua tahun tanpa kehadiran bazar Ramadan, bazar di Geylang Serai mendapat sambutan amat baik dengan orang ramai sanggup beratur panjang hanya untuk memasuki kawasan bazar. - Foto BH oleh HARITH REDZUAN MUSTAFFA -

Lebih banyak gerai akan dibuka di bazar di Geylang Serai yang kini sedang berlangsung sempena Ramadan.

Gerai-gerai menjual makanan dan barangan perayaan ini akan dibina di ruang antara Wisma Geylang Serai (WGS) dengan Tajong Katong Complex.

Buat masa ini, bazar tersebut menawarkan 40 gerai.

Mengumumkan perkembangan ini pada 5 April (Selasa), penasihat utama WGS, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata sambutan masyarakat setakat ini adalah positif dan peluasan ini boleh mempertingkat keterhubungan dalam presint tersebut, selain mengoptimumkan ruang dengan lebih baik.

Bazar di WGS ini, yang dinamakan Geylang Serai Hari Raya Shopping Experience (GSHRSE) dibuka setiap hari sehingga malam Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei, dari 1 tengah hari hingga 11 malam.

Ini adalah kali pertama ia diadakan sejak Covid-19 mula menular di sini. Sebelum pandemik, bazar tersebut menawarkan sehingga 600 gerai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg