Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak ruang solat dapat disediakan hampir semua masjid

Muis gesa Muslim di S'pura dapatkan vaksin Covid-19 segera agar dapat solat berjemaah di masjid apabila lebih banyak ruang dibuka
Aug 21, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR semua masjid di Singapura sekarang dapat menawarkan lebih banyak ruang solat bagi jemaah, memandangkan kadar vaksinasi Covid-19 dalam masyarakat semakin meningkat dan langkah pengurusan selamat bagi kegiatan ibadah berjemaah telah dilonggarkan.



Demikian menurut Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam (Muis), Encik Kadir Maideen Mohamed, yang ditemui selepas lawatannya ke Masjid Darul Ghufran sebelum sesi pertama solat Jumaat semalam.



Beliau berkata perubahan pada garis panduan Covid-19 telah memberi masjid peluang membuka lebih banyak ruang di masjid bagi solat Jumaat.



"Dengan persiapan yang telah dilakukan sebelum ini, kami kini mampu membuka 37 masjid lebih selamat, yang mempunyai dua atau lima zon ruang solat untuk jemaah," kata Encik Kadir.



Masjid Darul Ghufran salah satu daripada lima masjid yang menawarkan tujuh zon dengan 1,050 ruang bagi solat Jumaat semalam.



Menurut beliau, 29 lagi masjid masih menawarkan satu zon untuk jemaah yang belum melengkapi vaksinasi mereka atau yang tidak boleh mendapatkan vaksinasi kerana masalah kesihatan.



Awal bulan ini, Jawatankuasa Berbilang Kementerian bagi Covid-19 (MTF) membenarkan hingga 1,000 orang bagi kegiatan ibadah berjemaah jika semuanya sudah menerima vaksin sepenuhnya.



Ini berbanding hanya 500 jemaah yang dibenarkan di masjid ketika fasa pertama pembukaan semula pada 10 Ogos lalu.



Menurut Encik Kadir, usaha perintis untuk meningkatkan ruang solat di beberapa masjid membuahkan hasil positif.



Sejak Jun, masjid di Singapura membuat perancangan rapi bagi menyambut lebih ramai jemaah kembali.



"Di peringkat masjid, mereka telah membuat perancangan tersendiri mereka, supaya jemaah yang berada di zon berbeza tidak bercampuran," kata Encik Kadir.



Beliau memberi penghargaan kepada kakitangan dan relawan masjid yang tampil membantu melaksana tugas bagi memastikan usaha itu berjalan lancar dan keselamatan jemaah terjamin.



Di samping itu, Encik Kadir mengumumkan rancangan Muis hendak mempertingkat sistem tempahan solat pada waktu nyata, selain memperluas lagi zon solat masjid bagi solat fardu berjemaah awal bulan depan.



Oleh itu, beliau menggesa masyarakat Islam di Singapura supaya segera mendapatkan vaksin mereka jika belum.



"Apabila kita meningkatkan ruang solat berjemaah di masjid, kita juga berharap masyarakat dapat menyokong dan memainkan peranan mereka dengan mendapatkan vaksin agar mereka dapat menyertai kita di masjid untuk menunaikan solat berjemaah," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >