Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak sokongan bagi pelajar disleksia di peringkat posmenengah

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak sokongan boleh dijangka bagi pelajar disleksia posmenengah, kata Persatuan Disleksik Singapura (DAS).



Sekurang-kurangnya, lagi 100 pelajar akan dibantu di bawah projek baru yang dinamakan Projek Pact 360°.



Lebih $280,000 dalam bentuk dana ditawarkan Yayasan Lim Hoon (LHF) semasa acara penyampaian cek di Pusat Pembelajaran Rumah REX DAS, semalam.



Projek itu akan menawarkan sokongan yang diperlukan bagi pelajar yang mengalami disleksia dan kesukaran pembelajaran berkaitan yang lain di institut pengajian tinggi (IHL) di Singapura.



"Walaupun seseorang tidak keluar daripada masalah disleksia apabila meningkat dewasa, campur tangan yang berkesan dan tepat pada masanya, boleh membantu pelajar ditempatkan dalam laluan terbaik untuk meraih kejayaan dalam perjalanan pembelajaran mereka," kata ketua pegawai eksekutif DAS, Encik Lee Siang.



Sepanjang tiga tahun akan datang, projek itu berharap untuk meningkatkan kesedaran awam tentang disleksia di IHL, menawarkan sokongan yang dipertingkat bagi pelajar posmenengah yang datang daripada keluarga 'sandwic' atau berpendapatan rendah selain menjalankan kajian tempatan bersama universiti setempat.



Projek itu merupakan susulan kepada program iStudySmart, satu-satunya program sokongan bagi pelajar disleksia di peringkat posmenengah yang ada sekarang.



Sekitar 40 pelajar disleksia terlibat dalam program perintis itu bermula pada 2018.



Program tersebut memanfaatkan pembelajaran dalam talian yang mengajar kemahiran tentang pengurusan masa, pertubuhan, pembelajaran di peringkat tinggi dan penyampaian.



Mengulas tentang kerjasama dengan DAS, pengarah LHF, Encik Andy Lim, yang juga mengalami disleksia berkata butiran yang bakal diraih daripada kajian ini akan memainkan peranan penting dalam menawarkan sokongan yang diperlukan bagi pelajar untuk jangka masa panjang, sambil menukil bahawa terdapat kurangnya kajian setempat atau yang lebih tertumpu kepada Asia.



"Saya tidak sabar melihat butiran yang akan dikeluarkan DAS mengenai disleksia yang diharap akan dapat membantu memaklumkan bagaimana keadaan ini boleh diatasi dengan lebih baik lagi di negara ini," kata Encik Lim.



Seorang pelajar ITE Kolej Barat, Encik Maxx Ng, 18 tahun, yang terlibat dalam program iStudySmart berkata program itu telah mengajarnya bagaimana untuk menyampaikan projek dengan lebih baik selain bekerjasama bersama pelajar lain dalam satu pasukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >