Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak sokongan kewangan bagi keluarga titipan

Masagos: MSF akan labur tambahan $1.5 juta setiap tahun
Aug 14, 2022 | 05:30 AM



BERMULA bulan depan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan memberi lebih banyak sokongan kewangan untuk keluarga titipan.



Bagi menyokong kos menjaga anak-anak titipan dengan lebih lanjut, elaun bulanan bagi keluarga titipan telah ditambah.



Keluarga titipan yang menjaga kanak-kanak perkembangan mengikut jadual akan menerima $1,100 sebulan berbanding $936 iaitu kenaikan 17.5 peratus.



Bagi keluarga yang menjaga kanak-kanak dengan keperluan khas, elaun akan meningkat hampir 35 peratus daripada $1,114 ke $1,500.



Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam di seminar keluarga titipan di Enabling Village yang terletak di Lengkok Bahru.



Menurut beliau, MSF akan melabur tambahan $1.5 juta setiap tahun untuk menyokong penambahan elaun tersebut.



Sejauh ini, peningkatan elaun tersebut akan memanfaatkan sekitar 550 anak titipan.



Encik Masagos berkata beliau gembira melihat lebih warga Singapura yang telah melibatkan diri dengan keluarga titipan sejak lapan tahun ini.



Terdapat sekitar 1,100 anak-anak yang di luar penjagaan rumah.



MSF kini berusaha untuk menempatkan lebih ramai kanak-kanak ke penjagaan berasas keluarga berbanding penjagaan institusi.



"Apabila kami mulakan usaha untuk mengubah sektor penjagaan luar rumah pada 2013, ia hanya sekitar 30 peratus (anak-anak di penjagaan titipan) berbanding baru-baru ini, ia telah meningkat kepada 51 peratus. Lebih ramai keluarga telah tampil dan kami amat berterima kasih kepada semua yang telah tampil membantu," kata Encik Masagos.



Antara lain, MSF telah melantik lima Agensi Skim Keluarga Titipan (FA)- Boys' Town, Epworth Community Services, Muhammadiyah, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), dan The Salvation Army untuk menyokong dan mengembangkan penjagaan titipan dalam masyarakat.



FA memberi sokongan kepada ibu bapa titipan untuk menyokong penjagaan anak titipan.



Ini termasuk kaunseling, nasihat keibubapaan, latihan dan sokongan dalam penyesuaian anak titipan terhadap keluarga titipan.



Presiden Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata:



"Keluarga titipan ini bukanlah asing dalam masyarakat Melayu Singapura. Ini sudah berlaku sejak dulu. Kita perlu membawa kembali praktik tersebut.



"Muhammadiyah amat yakin dengan pendekatan ini kerana sebagai Muslim, kami percaya untuk memberi dan menyediakan persekitaran yang terbaik untuk anak-anak kita membesar. Bukan sahaja untuk menjadi seorang yang baik tetapi juga untuk menjadi insan yang menyumbang semula kepada masyarakat. Saya amat menggalak lebih keluarga untuk tampil dan mengetahui lebih mengenai keluarga titipan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >