Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: EHWAL MASYARAKAT ISLAM - PERKASA MASYARAKAT

Lebih ramai boleh sertai program KelasMateMatika

Mar 07, 2023 | 05:30 AM



LEBIH ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka akan berpeluang sertai program KelasMateMatika yang bakal dijalankan secara hibrid - kelas fizikal dan dalam talian.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara) Encik Zaqy Mohamad berkata KMM yang dianjurkan Mendaki di bawah naungan M3 menyasarkan seramai 2,500 kanak-kanak.



Encik Zaqy yang juga timbalan pengerusi Mendaki berkata:



"Sesi-sesi khas akan dianjurkan di tadika-tadika yang terpilih, termasuk kesemua 15 tadika yang berpusat di masjid.



Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan yang dikemukakan Encik Shahrael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol dan Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang)



Memberikan rumusan, Encik Zaqy berkata program itu telah menyokong hampir 4,000 pelajar, berumur empat hingga enam tahun, sejak 2018.



Ia juga bina keyakinan ibu bapa membantu anak-anak mereka dalam subjek Matematik.



Sepanjang tiga tahun yang lalu, sekitar 8 bagi setiap 10 pelajar yang menyertai program KMM bersedia menduduki subjek Matematik di peringkat darjah satu dan tidak perlu hadiri Program Sokongan Matematik (LSM).



Beliau berkata pencapaian itu amat memberangsangkan kerana kajian yang dijalankan bersama oleh Mendaki dan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) mendapati bahawa asas yang kukuh di peringkat darjah satu mempunyai kesan jangka panjang dan berhubung kait dengan prestasi pelajar di peringkat PSLE.



Encik Zaqy turut memberi perkembangan tentang usaha membimbing golongan belia.



Menjawab pertanyaan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio), program permentoran #amPowered telah dilaksanakan di ketiga-tiga kolej ITE, serta tiga bandar M3 di Jurong, Chua Chu Kang dan Marsiling-Yew Tee.



Encik Zaqy mengumumkan bahawa sepanjang tahun ini, Mendaki bakal menganjurkan sekurang-kurangnya satu program pementoran belia di setiap bandar M3.



"Ini akan memudahkan lagi para belia untuk mendaftarkan diri mereka bagi program-program sebegini, tidak kira lokasi kediaman mereka.



"Mendaki juga sedang menilai program pementoran kami dengan teliti untuk memahami sejauh mana program ini telah memberi faedah kepada para belia kita," kata Encik Zaqy.



Menyentuh tentang usaha membantu pekerja Melayu/Islam pula, Encik Zaqy berkata usaha sedang diteruskan untuk mempertingkat daya kerja dan peluang peningkatan kemahiran agar lebih ramai boleh mendapatkan pekerjaan baik.



Antara pencapaian ialah penubuhan rangkaian daya kerja melibatkan agensi seperti NTUC e2i, NTUC Learning Hub, Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), dan SkillsFuture Singapore (SSG), untuk membantu pekerja Melayu/Islam dengan keperluan pekerjaan mereka.



Ini meliputi latihan dan peningkatan kemahiran, dan penempatan pekerjaan. Sejak dilancarkan usaha itu telah mendekati hampir 2,000 pekerja Melayu/Islam untuk menasihati dan membimbing mereka pada kerjaya mereka.



Menggulung hujahnya Encik Zaqy berkata:



"Apabila cabaran baru muncul, kita mesti terus membina dan memanfaatkan sokongan, pengetahuan dan sumber masyarakat Kejayaan. Seperti kata pepatah, bersendiri kita boleh hanya melakukan sedikit, bersama-sama kita boleh melakukan lebih banyak lagi.



"Saya yakin bahawa masyarakat Melayu/Islam kita akan terus bersatu padi maju ke hadapan, dan menyumbang ke arah kemakmuran negara."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >