Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai solat Jumaat dengan pengurusan selamat

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



MASJID Darul Ghufran menyambut sekitar 1,050 jemaah yang telah menempah tempat untuk solat Jumaat semalam.



Masjid di Tampines Avenue 5 itu menawarkan hingga tujuh zon ruang solat dan merupakan salah satu daripada 37 masjid di serata Singapura yang dinilaikan lebih selamat untuk mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya.



Sementara itu, 29 masjid lain akan terus menawarkan satu zon.



Jemaah masih perlu dikumpulkan dalam zon 50 orang setiap zon, dengan jemaah yang tidak divaksinasi dihadkan pada jumlah maksimum 50 orang.



Langkah ini sejajar dengan kelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat yang diumum Jawatankuasa Berbilang Kementerian bagi Covid-19 (MTF) awal bulan ini yang membenarkan sehingga 1,000 orang bagi kegiatan ibadah berjemaah jika semuanya sudahpun lengkap divaksinasi, bermula kelmarin.



Hampir kesemua 25,080 ruang bagi solat Jumaat yang disediakan bagi solat Jumaat semalam telah ditempah jemaah.



Seorang jemaah, Encik Muhd Fadhli Mohd Ansari berkata, beliau bersyukur diberi peluang untuk bersolat Jumaat berjemaah setelah hampir dua bulan tidak berkesempatan sebelum ini



Beliau menambah, langkah untuk membenarkan lebih ramai yang sudah lengkap divaksin, datang pada masa yang tepat.



Pegawai logistik berusia 31 tahun itu berkata: "Saya baru mendapat pengesahan bahawa saya lengkap divaksin minggu lalu dan saya tidak berlengah membuat tempahan selepas ruang solat dibuka untuk tempahan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >