Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Lebih separuh kambing korban sudah ditempah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih separuh kambing korban sudah ditempah

Jul 10, 2018 | 06:56 PM

HANYA sekitar seminggu sejak tempahan dibuka pada 3 Julai lalu, kini lebih separuh daripada 3,700 kambing korban sudah pun ditempah orang ramai.

Menerusi satu kenyataan hari ini (10 Julai), Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) berkata lapan masjid yang menawarkan kambing korban dari Australia tidak lagi menerima tempahan.

Masjid itu adalah Masjid Al-Istighfar, Alkaff Kampung Melayu, Darul Aman, Al-Iman, Al-Khair, Al-Mukminin, Ar-Raudhah dan Assyakirin.

Sementara itu, dua lagi masjid iaitu Masjid Darul Makmur dan Masjid Sultan masih menerima tempahan tetapi menjangkakan menutup tempahannya tidak lama lagi berdasarkan sambutan orang ramai.

Orang ramai yang berhasrat menunaikan ibadah korban tahun ini digalak menghubungi dahulu pusat korban pilihan mereka sebelum ke sana, nasihat JKMS.

Terdahulu, JKMS mengumumkan 3,700 ekor kambing dari Australia akan dibawa masuk ke Singapura bagi Hari Raya Haji ini.

Harga bagi setiap ekor kambing adalah $485, sama seperti tahun lalu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3