Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERTAS KERJA IPS: MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA

Lebih separuh warga yakin DPM Wong pemimpin 4G terbaik terajui SG: Tinjauan

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



LEBIH separuh warga Singapura yakin bahawa Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, merupakan pemimpin generasi keempat (4G) yang terbaik untuk menerajui negara dan mengharungi isu-isu seperti perpaduan dalam masyarakat.



Satu kajian terkini Institut Kajian Dasar (IPS), Universiti Nasional Singapura (NUS) mendapati 6 dalam 10 responden yakin yang pemerintah mempunyai pemimpin 4G terbaik untuk menangani isu perpaduan dalam masyarakat, hubungan dengan negara asing serta pemulihan ekonomi pasca Covid-19.



Sekitar 59 peratus daripada mereka yang lulus universiti dan lebih tinggi, mempunyai tahap keyakinan lebih tinggi bahawa Encik Wong adalah pemimpin 4G yang terbaik, menurut kajian itu.



Ini berbanding 44 peratus daripada mereka kelulusan pos menengah dan 49 peratus bagi mereka yang berpendidikan sekolah menengah ke bawah.



Kajian berjudul 'Melangkah ke depan mengharungi Covid-19 di Singapura: Kesejahteraan, pengajaran dipelajari dan hala tuju masa depan' oleh Makmal Sosial IPS itu dijalankan ke atas lebih 2,000 orang dengan 500 orang ditinjau setiap dua minggu.



Pada April lalu, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong telah mengumumkan bahawa Encik Wong akan mengetuai pasukan 4G Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Kajian itu mendapati bahawa 60 peratus berkata mereka yakin bahawa pemerintah Singapura mempunyai pemimpin 4G terbaik untuk menangani isu perpaduan dalam masyarakat.



59 peratus pula yakin bahawa pemimpin itu adalah yang terbaik menguruskan hubungan dengan negara asing, manakala 57 peratus percaya beliau juga calon terbaik bagi mengharungi pemulihan ekonomi pasca Covid-19.



Laporan tersebut dihasilkan zamil penyelidikan utama dan ketua Makmal Sosial IPS, Dr Mathew Mathews, serta dua penyelidik lain, penolong penyelidikan, Cik Fiona Phoa dan pengarah bersekutu, Dr Mike Hou.



Mengulas lebih lanjut, Pengarah Bersekutu Makmal Sosial IPS, Dr Mike Hou, berkata bahawa dapatan bahawa golongan berpendidikan lebih tinggi mempunyai keyakinan lebih tinggi terhadap pemerintah adalah agak menarik.



"Ini kerana demografik ini lazimnya lebih ragu-ragu tentang dasar-dasar sejauh ini yang kami lihat.



"Jadi dapatan laporan ini agak menarik. Kami fikir ini kerana khususnya Encik Lawrence Wong telah agak berkesan dalam menangani antara keprihatinan dan pertimbangan golongan (berpendidikan tinggi) ini.



"Misalnya menangani isu perpaduan sosial yang kita saksikan sejak beberapa tahun lalu semasa pandemik, seperti agama dan bangsa... juga secara umumnya pasukan bertindak dipimpinnya (Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19) mengambil pendekatan yang jujur semasa menangani pandemik dan ini mungkin disukai golongan responden ini," ujar beliau.



Menurut kajian itu lagi, 83 peratus responden yang mempunyai tahap kepuasan lebih tinggi terhadap cara pemerintah menguruskan pandemik, memiliki tahap keyakinan lebih tinggi bahawa pemerintah mempunyai pemimpin 4G yang terbaik.



Ini berbanding dengan 14 peratus daripada mereka yang mempunyai tahap kepuasan terhadap pemerintah yang rendah dan 54 peratus daripada mereka yang mempunyai tahap kepuasan sederhana.



Kos kehidupan yang semakin meningkat di samping kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan datang - daripada 7 peratus ke 9 peratus dalam masa dua tahun ini - turut mempengaruhi tahap keyakinan terhadap Encik Wong.



Sekitar 2 daripada 3 responden yang mempunyai tahap kebimbangan rendah mengenai kenaikan GST memiliki keyakinan lebih tinggi yang pemerintah mempunyai pemimpin 4G terbaik.




"Jadi dapatan laporan ini agak menarik. Kami fikir ini kerana khususnya Encik Lawrence Wong telah agak berkesan dalam menangani antara keprihatinan dan pertimbangan golongan (berpendidikan tinggi) ini."
- Pengarah Bersekutu Makmal Sosial IPS, Dr Mike Hou. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >