Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Lee Suet Fern digantung tugas 15 bulan atas salah laku urus wasiat mendiang LKY

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lee Suet Fern digantung tugas 15 bulan atas salah laku urus wasiat mendiang LKY

Nov 20, 2020 | 07:25 PM

PEGUAM kanan Lee Suet Fern (gambar) digantung daripada berkhidmat selama 15 bulan oleh Mahkamah Tiga Hakim – badan disiplin tertinggi bidang guaman – disebabkan cara beliau menguruskan wasiat bapa mertuanya, mendiang Lee Kuan Yew. 
Dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada Jumaat (20 November), badan disiplin itu mendapati Cik Lee bersalah atas tingkah laku tidak wajar yang tidak sesuai selaku peguam.
Penghakiman itu menyatakan Cik Lee “menuruti secara membuta tuli arahan suaminya, seorang yang akan meraih manfaat di bawah wasiat tersebut, yang Cik Lee tergesa-gesa membantu melaksanakannya”. 
Kes itu melibatkan peranan yang dimain Cik Lee dalam penyiapan dan pelaksanaan wasiat terakhir mendiang Encik Lee Kuan Yew yang ditandatangani pada 17 Disember 2013. 
Wasiat terakhirnya banyak berbeza berbanding wasiat keenam sebelum itu. Ini termasuk dari segi pembahagian harta pusaka antara tiga anaknya serta arahan merobohkan rumahnya di 38 Oxley Road.
Ia juga tidak mengandungi perubahan yang diinginkan dan dibincangkan Encik Lee bersama peguam biasanya Cik Kwa Kim Li empat hari sebelum itu.
Pada Februari lalu, sebuah tribunal disiplin mendapati Cik Lee bersalah atas “tingkah laku profesional yang sangat tidak wajar”.
Mahkamah mengadakan perbicaraan secara dalam talian pada Ogos, di mana Persatuan Guaman membentangkan hujah mereka tentang bagaimana Cik Lee harus digantung sebagai peguam disebabkan cara beliau menguruskan wasiat. 
Peguam Cik Lee meminta agar semua tuduhan dibatalkan.
Dalam penghakiman setebal 98 halaman, mahkamah, yang merangkumi Ketua Hakim Sundaresh Menon, Hakim Rayuan Judith Prakash dan Hakim Woo Bih Li, berkata Cik Lee bertindak atas perintah suaminya untuk mempercepat pelaksanaan wasiat secara “tergesa-gesa”. 
Wasiat tersebut ditandatangani hanya 16 jam selepas Cik Lee menghantar draf kepada mendiang Encik Lee.
Menurut mahkamah, Cik Lee telah menghantar draf, yang sepatutnya berdasarkan wasiat pertama, tanpa memastikan sama ada ia versi yang betul.
Malah, Cik Lee sedar beliau tidak boleh mengesahkan wasiat itu kerana beliau tidak terlibat dalam pelaksanaan wasiat pertama, tambah mahkamah.
Dalam satu kenyataan semalam, Cik Lee berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu.
“Tiada dasar bagi kes ini untuk dimulakan. Ini merupakan wasiat peribadi. Lee Kuan Yew tahu apa yang beliau mahukan. Beliau dapat apa yang beliau mahukan,” menurut kenyataan yang diterbitkan di Facebook suaminya, Encik Lee Hsien Yang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3