Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 62 tahun ditahan dalam kes kematian pekerja

Dec 29, 2022 | 5:30 AM
TRAK ANGKAT-SUSUN: Mangsa dihempap mesin yang dibawa sebuah trak angkat-susun yang tumbang. - Foto BH oleh NG SOR LUAN
TRAK ANGKAT-SUSUN: Mangsa dihempap mesin yang dibawa sebuah trak angkat-susun yang tumbang. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -

SEORANG lelaki berusia 62 tahun telah ditahan berikutan kematian seorang pekerja yang dihempap mesin yang terjatuh dari trak angkat-susun kelmarin.

Lelaki itu disyaki menyebabkan kematian ekoran perbuatan cuai.

Kemalangan itu berlaku pada 7.53 pagi di 601 Rifle Range Road, satu tapak yang berhampiran Kolam Air Upper Peirce yang dikendalikan ST Engineering Advanced Material Engineering, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Satu pasukan sedang memindahkan mesin itu menggunakan trak angkat-susun apabila mesin itu tumbang dan menghempap mangsa, seorang pekerja berusia 31 tahun yang bekerja di firma pembekalan buruh RCM Resources.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan bagi bantuan pada 8.05 pagi, dan telah membawa lelaki yang tidak sedarkan diri itu ke Hospital Besar Ng Teng Fong, di mana beliau kemudian disahkan meninggal dunia.

Jurucakap polis memberitahu The Straits Times bahawa seorang lelaki berusia 62 tahun kemudiannya ditahan.

Belum jelas apakah peranannya dalam kemalangan itu dan siasatan polis sedang dijalankan.

Kematian pekerja tersebut adalah kematian ke-45 di tempat kerja setakat tahun ini.

Jumlah itu telah melebihi 37 yang dicatatkan pada keseluruhan 2021, dan merupakan jumlah tertinggi sejak 2016, apabila terdapat 66 kematian sedemikian.

Terdapat 30 kematian di tempat kerja pada 2020 dan 39 pada 2019.

Selepas kejadian kematian dan kecederaan berturut-turut berlaku di tempat kerja pada awal tahun ini, MOM telah mengenakan tempoh keselamatan yang dipertingkat selama enam bulan mulai 1 September, dengan syarikat berkemungkinan dilarang mengambil pekerja asing jika berlaku kesilapan keselamatan serius berikutan satu kemalangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg