Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 77 tahun dihukum penjara 6 tahun atas kesalahan salah guna dana lebih $4.7 juta

Aug 25, 2021 | 05:47 PM



SEORANG akauntan awam dengan lebih 40 tahun pengalaman menyalahgunakan dana dari beberapa sumber, termasuk hartanah individu yang telah meninggal dunia, demi membiayai pelaburan ke luar negara tanpa menyedari bahawa dia sebenarnya ditipu. 



Secara keseluruhan, Jerry Lee Kian Eng telah mengambil lebih $4.7 juta dan menyalurkan sebahagian besar wang tersebut ke akaun bank Filipina. 



Dalam satu kejadian, Lee, 77 tahun, telah berpakat dengan pasangannya, Alison See Lay Eng yang berusia 74 tahun. 



Lee dikenakan hukuman penjara enam tahun sementara See dikenakan hukuman penjara dua tahun pada Rabu (25 Ogos). 



Lee telah menggunakan wang tersebut untuk membuat bayaran bagi apa yang dia fikirkan sebagai “pelaburan luar negara”. 



Hakim Daerah Marvin Bay menyatakan hari ini Lee sebenarnya merupakan mangsa penipuan jangka panjang dan tidak pernah menerima wang dari “pelaburan” itu. 



Kata Hakim: “Laporan psikiatri memberikan pandangan bahawa Lee memang mengalami gangguan psikologi- gangguan penyesuaian dan gangguan idea yang dinilai terlalu tinggi- dan ini menganggu penilaiannya. 



“Meskipun demikian, pencegahan umum perlu memainkan peranan utama di mana Lee, seorang profesional perakaunan...telah melakukan kesalahan pada skala itu.” 



Lee mengaku bersalah Mei lalu terhadap satu tuduhan pecah amanah sebagai seorang ejen, dan ini melibatkan $1.2 juta. 



Lima tuduhan lain yang melibatkan jumlah baki dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan. 



Dia melakukan kesalahan itu antara 2014 dan 2017. 



See mengakui Mei lalu bahawa dia terlibat dalam konspirasi dengan Lee untuk menyalahguna sebahagian daripada wang tersebut, berjumlah lebih US$2.2 juta ($3 juta) pada 2016. 



See merupakan pengarah di DFK. 



Jaminan Lee ditetapkan pada $110,000 pada Rabu sementara Alison See ditawarkan jaminan $25,000. 



Mereka diminta serah diri di Mahkamah Negeri pada 8 Oktober untuk mula menjalani hukuman. 



Bagi kesalahan pecah amanah, pesalah boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >