Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Lelaki Britain dituduh ganggu tenteram awam, abai keselamatan Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki Britain dituduh ganggu tenteram awam, abai keselamatan Covid-19

Jul 03, 2021 | 05:30 AM

SEORANG lelaki yang dirakam di kamera tidak memakai pelitup semasa menaiki kereta api MRT pada Mei lalu dikenakan tiga tuduhan di mahkamah daerah semalam, termasuk satu tuduhan menyebabkan gangguan.

Benjamin Glynn, 39 tahun, seorang warga Britain, menghadapi satu tuduhan mengganggu ketenteraman awam dan satu tuduhan bagi kesalahan di bawah Akta (Langkah-Langkah Sementara) Covid-19.

Glynn dituduh tidak memakai pelitup semasa menaiki kereta api dari stesen Raffles Place ke stesen Holland Village antara 11.06 petang hingga 11.31 malam pada 7 Mei.

Dia juga dituduh mengganggu awam semasa dalam keretapi dengan berkata: "Saya tidak akan memakai pelitup."

Semalam, Glynn dilihat tidak memakai pelitup semasa tiba di mahkamah tetapi memakainya apabila diarahkan oleh seorang pegawai keselamatan supaya berbuat demikian.

Semasa menghadap mahkamah, dia tidak memakai pelitup untuk menutup hidungnya hingga Hakim Lorraine Ho mengarahkannya supaya memakainya dengan sewajarnya.

Apabila ditanya Hakim Ho apakah dia ingin mengaku bersalah atau dibicarakan, Glynn berkata dia tidak memahami pilihan yang diberikan itu.

Dia dibenarkan ikan jamin $5,000 dan dilihat membuka pelitup selepas keluar dari mahkamah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3