Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa miliki $28,500 hasil pengubahan wang haram

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 54 tahun didakwa semalam kerana memiliki wang berjumlah $28,500, disyaki hasil yang diperolehi menerusi penipuan barangan bungkusan.



Danny Lim Kok Tiong mempunyai dua akaun bank yang didakwa digunakan oleh penjenayah bagi pengubahan wang haram, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Dia juga didakwa kerana kononnya memalsukan invois untuk tujuan menipu.



Invois itu dikatakan telah diserahkan kepada ejen pengiriman wang apabila dia mengatur untuk menghantar wang ke luar negara.



Polis berkata mereka menerima laporan daripada mangsa penipuan barangan bungkusan yang telah memindahkan $10,000 ke akaun bank yang telah diberikan kepada mangsa oleh kononnya syarikat penghantaran.



Siasatan menunjukkan mangsa telah berkenalan dengan seseorang melalui media sosial yang berjanji untuk memberi mangsa bungkusan yang mengandungi wang dan barang kemas.



"Selepas itu, mangsa menerima mesej daripada syarikat penghantaran kononnya bahawa bungkusan itu telah tiba di kastam, namun mangsa dikehendaki membayar $10,000 agar bungkusan itu tidak disiasat bagi pengubahan wang haram," kata polis.



Mangsa menyedari dia telah ditipu apabila pegawai polis menghubunginya.



Siasatan lanjut menunjukkan akaun bank itu milik Lim.



Secara berasingan, polis mendapati $18,500 telah dipindahkan oleh mangsa lain ke akaun bank Lim yang lain.



Kesalahan memiliki harta yang disyaki hasil kerja jenayah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga $150,000, atau kedua-duanya sekali.



Mereka yang disabitkan kesalahan pemalsuan bagi tujuan menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.



Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menolak permintaan untuk berkongsi penggunaan kemudahan perbankan mereka untuk menerima dan memindahkan dana.



Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah tersebut boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menyerahkannya di sini.



Lebih banyak nasihat berkaitan penipuan boleh didapati di laman web Amaran Penipuan atau melalui talian anti-penipuan di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >