Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dihukum 20 bulan kerana menetak teman di bawah pengaruh dadah

Dec 10, 2015 | 02:55 PM



SEORANG lelaki berusia 27 tahun telah menetak seorang kenalannya Julai lepas semasa berada di bawah pengaruh dadah. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara 20 bulan tadi (10 Disember).


Sari Gujang, yang tidak berkerja, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya. Dia juga mengaku dakwaan memakan dadah terkawal secara haram.


Dua caj lain, iaitu menyebabkan kecederaan dan menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya, telah diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Mahkamah diberitahun bahawa pada awal pagi 21 Julai tahun ini, Sari telah memeakan Ice - methamphetamine- di rumahnya.


Pada kira-kira 4 pagi hari itu, beliau telah bertemu dengan dua kenalan, Muhammad Rizuwan Zakariah, 26, and Zaifudin Zainudin, 20, di pavilion dekat Blok 537 Bedok North Street 3.


Tidak lama selepas itu, Sari mula mengungkit kembali rasa tidak puas hati lalu dengan Zaifudin dan telah menumbuk perut dan muka beliau.


Beliau kemudiannya mengambil pisau Swiss Army dan mengelar pergelangan kaki kanan Zaifudin tiga kali sebelum melarikan diri di atas motosikalnya.


Rizuwan dan Zaifudin kemudian pergi ke pusat penjaja di Blok 537 Bedok North Street 3.


Sedang mereka berbual pada kira-kira 5 pagi Sari datang dari belakang dan menjerit pada mereka lalu menarik keluar pisau bergerigi 30cm dan memukul lengan kiri Rizuwan.


Pisau tersebut telah mengelar tapak tangannya; Rizuwan kemudian lari untuk mendapatkan bantuan di pasar berdekatan untuk menbalut tangannya yang berdarah teruk.


Rizuwan telah dihantar ke Hospital Besar Changi sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Singapura.


Beliau telah menjalani pembedahan untuk membaiki tendon, arteri dan sarafnya dan tidak akan mendapatkan semula kekuatan penuh untuk mengawal tapak tangan kirinya.


Polis telah menahan Sari di rumahnya pada 7.50 pagi hari serangan, beliau akui di bawah pengaruh dadah semasa melakukan serangan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >