Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dikenakan tuduhan palsukan bukti vaksinasi untuk makan di restoran Orchard

Sep 14, 2021 | 10:54 PM
6e6bf42e-d128-4c10-b6b4-7fe952a314ea
-

SEORANG lelaki berusia 30 tahun yang dituduh memalsukan surat doktor mengatakan dia sudah divaksinasi akan dihadapkan ke mahkamah esok (15 Sept).

Lelaki itu dikatakan telah menunjuk surat doktor digital untuk dibenarkan makan di sebuah restoran di Orchard Road pada 1 September lalu.

Kakitangan di restoran itu mengesyaki surat doktor tersebut mungkin palsu dan menyuruh lelaki itu keluar.

Mereka kemudian membuat laporan polis.

Pegawai dari Divisyen Polis Tanglin melakukan siasatan dan menangkap lelaki berkenaan pada Selasa (14 Sept) dan dikenakan tuduhan pemalsuan, menurut kenyataan polis.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga empat tahun, didenda atau kedua-duanya sekali. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg