Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki disaman $3,700 kerana elak bayaran GST bagi 200 jubah di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Jul 3, 2018 | 3:33 PM
FOTO: FACEBOOK/SINGAPORE CUSTOMS
FOTO: FACEBOOK/SINGAPORE CUSTOMS -

SEORANG lelaki berusia 34 tahun yang cuba mengelak dari membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi lebih 200 jubah yang dibeli di Malaysia ditahan oleh pegawai Kastam Singapura Khamis lalu.

Dalam satu pos di Facebook malam semalam, Kastam Singapura berkata bahawa lelaki warga Singapura itu ditahan kerana tidak mendedahkan nilai sebenar barangan tersebut semasa melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Siasatan menunjukkan bahawa nilai sebenar pakaian itu adalah tujuh kali lebih mahal dari nilai yang didedahkan oleh lelaki itu, menurut pos Kastam Singapura.

Ini bermakna beliau sebenarnya perlu membayar lebih daripada $370 GST.

Jubah-jubah tersebut dibeli untuk dijual semula di Singapura dan lelaki itu cuba mengelak daripada membayar GST untuk memaksimumkan keuntungannya, menurut pos itu lagi.

Beliau dikenakan saman komposisi $3,700.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg