Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditangkap cuba bunuh lelaki lain

Jun 13, 2021 | 8:05 PM
-

SEORANG lelaki berusia 60 tahun ditangkap kerana disyaki cuba membunuh seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah tempat letak kereta di Choa Chu Kang Avenue 3, kata polis hari ini (13 Jun). Polis telah memberi respons terhadap satu kes serangan menggunakan pisau di tempat letak kereta itu sekitar 9.35 malam pada Sabtu. Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki ditemui dalam keadaan sedar dengan luka tikaman dan dikejarkan ke hospital. Suspek meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba, tetapi ditangkap sekitar dua jam kemudian. Polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek mengenali mangsa. Siasatan lanjut sedang dijalankan. Suspek dijangka didakwa di mahkamah bagi kesalahan cuba membunuh pada Isnin. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup, atau penjara hingga 20 tahun dan denda, atau kedua-dua hukuman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg