Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki positif Covid-19 didakwa ganggu dua individu dengan batuk ke arah mereka

Dec 31, 2021 | 04:11 PM

SEORANG lelaki yang dijangkiti Covid-19 dan dituduh gagal menggunakan pelitup menutupi hidung dan mulutnya dikatakan telah mengganggu dua individu lain dengan melepaskan batuk ke arah mereka.

Tamilselvam Ramaiya, 62 tahun, yang hadir di mahkamah daerah pada Khamis (30 Disember) kini berdepan dengan dua tuduhan mengganggu dan satu lagi tuduhan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).

Warga Singapura ini dikatakan melakukan kesalahan itu di pejabat logistik di Senoko Way sekitar 10.30 pagi pada 18 Oktober.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bila dia dikenal pasti menghidap Covid-19 dan apa yang dilakukan di situ.

Tamilselvam dikatakan melepaskan batuk ke arah dua orang - seorang lelaki dan seorang perempuan - di pejabat, lantas mengejutkan mereka.

Tidak dinyatakan jika kedua-duanya kemudian dijangkiti Covid-19.

Sidang praperbicaraannya akan diadakan pada 17 Januari.

Tamilselvam bukan orang pertama diheret ke mahkamah atas kesalahan demikian di tengah-tengah penularan koronavirus di Singapura.

Pada September 2020, Tan Shiaw Wee, yang tidak mempunyai Covid-19, dipenjara lima minggu selepas dia membuka pelitup dan batuk ke arah seorang pengawal kesesakan pasar raya.

Lelaki Singapura berusia 47 tahun itu mengaku salah pada 28 Julai tahun itu di atas satu tuduhan mengganggu dan satu lagi kesalahan Akta Covid-19 (Langkah Sementara).

Dalam satu prosiding awal, mahkamah diberitahu tidak lama sebelum dia melakukan kesalahan itu, Tan sedang mengeluarkan wang tunai daripada ATM berhampiran pasar raya Sheng Siong di Bukit Batok pada 22 April 2020.

Dia kemudian ternampak seorang pengawal kesesakan sedang membuka sebahagian pelitupnya untuk mengelap mukanya.

Tan mengambil botol sanitiser buat pelanggan pasar raya itu dan menyemburnya beberapa kali ke arah pengawal kesesakan itu sebelum beredar.

Wanita itu berkata beliau akan mengambil gambar Tan dan memberitahu polis.

Tan yang terdengar kata-katanya langsung bersemuka dengan wanita itu, membuka pelitupnya, dan melepaskan batuk ke arah wanita itu sebelum pergi.

Bagi setiap kesalahan mengganggu, seorang pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $5,000.

Pesalah kali pertama yang dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) akan dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $20,000.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3