Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki serang anak angkat hingga maut dipenjara sembilan tahun, 12 sebatan

May 10, 2022 | 5:30 AM
JUMLAH TERBESAR: Tanduk badak sumbu seberat 34 kilogram dikesan oleh pegawai keselamatan lapangan terbang dan unit K9 Lembaga Taman Negara. - Foto LEMBAGA TAMAN NEGARA
JUMLAH TERBESAR: Tanduk badak sumbu seberat 34 kilogram dikesan oleh pegawai keselamatan lapangan terbang dan unit K9 Lembaga Taman Negara. - Foto LEMBAGA TAMAN NEGARA -

SEORANG lelaki yang menyerang hingga maut anak angkat perempuannya berusia empat tahun, setelah budak itu buang air kecil di lantai, telah dihukum penjara sembilan tahun dan 12 sebatan rotan.

Muhammad Salihin Ismail, 29 tahun, telah dibicarakan di mahkamah pada tahun lalu atas tuduhan membunuh budak itu.

Dia didapati tidak bersalah Mac lalu tetapi didapati bersalah atas tuduhan yang lebih ringan setelah Mahkamah Tinggi mendapati tidak terbukti tertuduh berniat menyebabkan kecederaan yang membawa maut itu.

Hakim Pang Khang Chau mendapat tahu bahawa walaupun Salihin menendang mangsanya secara sengaja, dia tidak berniat menyerang bahagian badan anak itu hingga menyebabkan kematian.

Serangan itu menyebabkan mangsa, Nursabrina Agustiani Abdullah, mengalami kecederaan di perut hingga menyebabkan kematian antara 1 September dengan 2 September 2018, di rumah sewa keluarganya di Bukit Batok.

Semalam, semasa hukuman dijatuhkan, dua tuduhan serangan lain yang berlaku sebelumnya ke atas budak perempuan itu, telah dipertimbangkan.

Salihin mengaku menjirus anak perempuannya itu dengan air panas di belakang badan selama lima atau enam saat di rumah ibu bapanya pada Julai dan Oktober 2017.

Tertuduh juga mengaku menghentak kepala Sabrina di atas lantai antara Januari dengan April 2018.

Mahkamah juga dimaklumkan ada dua peristiwa pada 1 September yang mengakibatkan Salihin berasa marah terhadap Sabrina kerana budak itu buang air kecil di lantai.

Ibu Sabrina berada di tempat kerja semasa kejadian itu berlaku.

Menyusuli kejadian pertama di sebelah pagi, dia meletakkan budak itu di tandas.

Pihak pendakwa menuduh Salihin turut menumbuk mangsa, tetapi hakim menerima penjelasan Salihin bahawa dia telah menggunakan tangan yang digenggam untuk memastikan kestabilan budak itu di tandas.

Dalam kejadian kedua yang berlaku pada petang itu, Salihin menolak dan menendang perut Sabrina dua kali semasa budak itu terbaring di atas lantai.

Malam itu, Sabrina mengadu sakit perut dan mula muntah-muntah sepanjang malam. Dia seterusnya tidak sedarkan diri pada pagi seterusnya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital pada awal pagi 2 September namun disahkan meninggal dunia pada 10.15 pagi.

Bedah siasat mendapati budak itu meninggal dunia akibat pendarahan bahagian dalam, ekoran trauma daya tumpul.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg