Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lesen Tang Tea House di unit utama di Jalan Kayu digantung dua minggu

Sep 24, 2020 | 08:44 PM



LESEN restoran Tang Tea House cawangan Jalan Kayu digantung dua minggu dari 21 September hingga 4 Oktober oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).


Pemeriksaan Berita Harian mendapati restoran tersebut di cawangan utamanya di unit 242 Jalan Kayu ditutup, tetapi di cawangan lebih kecil di unit 244 Jalan Kayu masih beroperasi walaupun hanya untuk makanan hantaran dan bungkus.


Lesen restoran itu di unit 242 digantung SFA atas dua sebab, iaitu gagal memastikan kawasan restoran tersebut bersih serta bebas lipas dan gagal mendaftar pekerja sebagai pembantu dapur.


Menurut satu Notis Kebersihan Makanan di laman web SFA, tindakan tersebut diambil di bawah sistem mata demerit kerana restoran itu mendapat sejumlah 12 mata demerit sepanjang tempoh 12 bulan.


Restoran itu juga didenda $800.


“Pelesen telah mengumpulkan 12 mata demerit dalam tempoh 12 bulan dan didenda $800 disebabkan kegagalan mengekalkan premis berlesen itu bebas daripada infestasi lipas dan kegagalan mendaftar penolong pendaftar...


“SFA mengambil pandangan serius terhadap kesalahan ini dan ingin mengingatkan pengendali makanan supaya mengamalkan amalan kebersihan peribadi dan makanan sepanjang masa, dan hanya menggunakan pengendali makanan berdaftar,’’ ujar SFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >