Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lestari niaga tiga generasi di Raffles Place

Aug 04, 2017 | 05:30 AM



SEMASA kecil, Encik Abdul Malik Abdullah, 53 tahun, sering membantu datuknya berniaga makanan di tepi jalan D'almeida Street.



"Saya tolong datuk cuci pinggan. Gaji saya ialah 10 roti perata. Datuk saya mula berniaga di situ pada 1964 dan kemudian berpindah ke pusat makanan bangunan Tempat Letak Kereta Golden Shoe - sekitar 200 meter atau dua minit berjalan kaki dari D'almeida Street - pada 1980-an.



"Selepas itu, ibu mengambil alih perniagaannya. Pada 1997, saya pula mengambil alih daripada ibu saya," kata Encik Abdul Malik, ketika ditemui.



Tahun ini genap 20 tahun sejak beliau mengambil alih perniagaan itu.



Bahkan, tahun ini juga menandakan permulaan baru bagi perniagaan keluarganya kerana pusat makanan di Golden Shoe itu berpindah ke tapak sementara di Cross Street, sebelah stesen MRT Telok Ayer.



Beliau menjual nasi beriani, mi soto, nasi ayam, nasi padang dan lain-lain.



Meskipun merindui berniaga di Golden Shoe, beliau tetap bersyukur kerana pusat makanan sementara yang dibangunkan itu cukup indah dan selesa, apatah lagi berkonsep lebih terbuka.



Tambahnya, lokasi tapak itu juga cukup baik dan dekat dengan stesen MRT, perhentian bas dan teksi.



Di samping itu, terdapat banyak bangunan pejabat di kawasan itu, justeru boleh dijangka kedatangan ramai pelanggan.



Gerainya antara lebih 50 gerai Pusat Makanan Market Street yang berpindah dari Golden Shoe ke tapak sementara itu.



Pusat sementara itu beroperasi sejak Selasa lalu.



Menurut Encik Malik, beliau membuka dua lagi gerai selepas mengambil alih perniagaan daripada ibunya.



Sewaktu membuka kedai di pusat makanan sementara, Encik Malik menjamu orang ramai makan percuma.



Beliau membuka kedai secara rasmi kelmarin, disambut pelanggan yang sanggup beratur panjang, termasuk pelanggan tetap yang telah melanggani gerainya sejak di Golden Shoe lagi.



"Saya amat menghargai tempat yang ditawarkan kepada saya ini bagi terus berniaga.



"Saya juga berharap akan terus mendapat sambutan baik daripada pelanggan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >