Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Let's Take A Walk sasar derma $145,000 untuk bantu penjaga individu dengan isu kesihatan mental

Aug 02, 2022 | 06:28 PM



SEBUAH acara berjalan kaki yang dianjurkan sukarelawan daripada Raleigh Singapore, Let's Take A Walk (LTAW) mahu mendermakan sebanyak $145,000 kepada penjaga individu-individu yang mengalami isu kesihatan mental.



Diadakan buat kali ke-12, LTAW akan berbentuk hibrid tahun ini, dengan acara fizikalnya pada 27 dan 28 Ogos bakal bermula di SportsHub 100 Plus Promenade, SAFRA Punggol and SAFRA Tampines.



Acara tersebut merangkumi tiga kategori - 20 kilometer, 50 kilometer dan 100 kilometer.



Menurut pihak penganjur, peserta mempunyai had masa 33 jam bagi kategori 100 kilometer, 16 jam bagi kategori 50 kilometer dan 6 jam bagi kategori 20 kilometer.



Laluan yang perlu dijalani akan meliputi bahagian tengah, utara dan timur Singapura, termasuk Kallang, Bishan, Yishun, Punggol, Changi, East Coast, Bedok dan Tampines.



Bagi acara virtual pula yang akan bermula pada 13 Ogos hingga 26 Ogos, peserta boleh memilih untuk jalan 20 kilometer, 50 kilometer atau 100 kilometer sekali gus, atau memecahkan perjalanan mereka dalam tempoh dua minggu.



Semua bukti perjalanan maya yang direkodkan sebarang aplikasi GPS mesti dimuat naik ke JustRunLah selewat-lewatnya pada 28 Ogos, 11.59 malam untuk menerima e-sijil penyertaan.



Pendaftaran bagi acara maya tersebut ditutup pada 12 tengah hari pada 26 Ogos 2022.

Yuran pendaftaran bagi 20 kilometer, 50 kilometer dan 100 kilometer masing-masing adalah $30, $40 dan $50.



“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan LTAW secara hibrid yang melibatkan edisi maya dan berjalan kaki fizikal.



"Ramai di antara kita adalah penjaga kepada orang yang kita sayangi dan perjalanan penjagaan ini selalunya panjang dan mencabar," kata Cik PInky Leong, pengerusi bersama LTAW 2022.



"Melalui LTAW 2022, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan mental dan menunjukkan kepada semua penjaga bahawa terdapat orang dalam masyarakat yang prihatin," tambahnya.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang LTAW 2022, sila lungsuri www.letstakeawalk.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >