Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Lingkungan kesejahteraan' bantu kesihatan mental warga

Inisiatif seluruh negara - Rangkaian Kesejahteraan Mental SG - dilancar
Jul 17, 2022 | 05:30 AM



RELAWAN masyarakat dan pemimpin akar umbi, bersama rakan kongsi khidmat sosial, tidak lama lagi akan digerakkan di beberapa kawasan kejiranan untuk menasihati penduduk yang bergelut dengan kesihatan mental mereka dan menjalankan program kesejahteraan.



'Lingkungan kesejahteraan' masyarakat ini akan menjadi komponen utama dalam inisiatif seluruh negara - Rangkaian Kesejahteraan Mental SG - yang dilancarkan semalam untuk melindungi kesihatan mental penduduk daripada semua peringkat umur di Singapura.



Ia terdiri daripada rakan kongsi seperti agensi perkhidmatan sosial dan pertubuhan advokasi kesihatan mental dan dipengerusikan oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan.



Disebabkan jarak dekat mereka, jiran dan anggota masyarakat membentuk barisan pertama sokongan untuk penduduk yang menghadapi tekanan dan kebimbangan, kata Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), yang akan menyelia rangkaian itu.



Oleh itu, rangkaian baru itu akan mengukuhkan sokongan dalam kawasan kejiranan, mewujudkan ruang selamat dan melengkapkan penduduk yang mengambil bahagian dengan kemahiran untuk mengenal pasti mereka yang mungkin memerlukan bantuan.



Encik Tan menambah bahawa sokongan masyarakat akan mengurangkan tekanan pada perkhidmatan profesional, termasuk oleh pakar psikiatri dan ahli psikologi.



Lingkungan itu akan dirintis di beberapa divisyen akar umbi sebelum dipertingkatkan ke seluruh negara.



"Kami berharap dapat menggalakkan gerakan yang lebih besar mengenai kesihatan mental, di mana setiap orang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas mengenai kesejahteraan mental, dan untuk mengembangkan kumpulan warga yang bersemangat dan boleh mengambil tindakan dalam bidang ini," kata Encik Tan di pelancaran rangkaian itu di Muzium Tamadun Asia.



Rangkaian itu berkembang daripada Rangkaian Kesejahteraan Mental Belia, yang dimulakan pada 2020 untuk mengukuhkan daya tahan kanak-kanak, remaja dan orang muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >