Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Logo baru MTFA beri kesegaran, kekal identiti

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Derma Amanah Muslimin (MTFA) telah menjalani satu usaha menyeluruh menyuntik kesegaran pada jenama persatuan itu dengan mengolah semula khidmat yang ditawarkannya.



Usaha ini menandakan ikrar MTFA untuk kekal relevan dalam masa-masa berubah dan terus memberikan khidmat yang baik dalam usaha semangat kecemerlangan dan komitmennya untuk mencapai kecemerlangan dalam individu, program dan proses.



Institusi berusia 117 tahun itu telah memberi kesegaran pada logonya tetapi pada masa yang sama mengekalkan warna hijau segar yang menjadi jenamanya yang juga bersesuaian dengan identiti Islam.



Pengerusi Jawatankuasa Publisiti MTA, Encik Ferdaus Amzah yang mengetuai inisiatif itu, dalam satu kenyataan berkata:



"Ada satu masa, MTFA merupakan entiti paling menonjol dalam menjalankan kewajipan sah masyarakat Muslim di Singapura.



"Namun dengan lebih banyak persatuan tidak mengaup untung Muslim yang lain, MTFA yang disifatkan "terlalu lama", akhirnya hilang daripada pandangan.



"Logo lama MTFA telah bersama dengan kita selama 117 tahun.



"Meski kita menghormati warisannya, kita sedar bahawa sudah tiba masanya untuk satu perubahan," katanya.



Untuk menjadi pertubuhan yang ulung dalam menawarkan jagaan dan sokongan kepada Muslim di Singapura, MTFA akan memastikan program dan khidmat yang ditawarkan memenuhi piawaian kualiti nasional.



Ini lebih-lebih lagi selepas pertubuhan itu meraih pensijilan ISO serta dasar latihan kakitangan baru.



Di samping itu, MTFA juga telah mula melaksanakan proses pendigitalan dan menggunakan automasi bagi segala tugasannya.



Ia juga sedang cuba untuk menawarkan lebih banyak jagaan dan sokongan terhadap subsidiari utamanya seperti Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, Jagaan Ginjal Ihsan dan khidmat pengebumian Ihsan.



Antara perubahan baru yang diperkenal pada Darul Ihsan (DI) ialah ia akan merintis satu usaha kehidupan peralihan bagi penghuni yang telah dibenarkan pulang berusia 18 tahun ke atas.



Pendekatan ini adalah unik kerana ia merupakan yang pertama bagi sebuah pertubuhan Muslim untuk membantu dan menggalak integrasi semula yang selamat bagi anak yatim piatu dan individu yang tidak mempunyai tempat tinggal ke dalam masyarakat.



Dalam pada itu, Di yang telah ditubuhkan sejak 1962 juga, merancang untuk memberi lebih banyak penekanan terhadap penjagaan menyeluruh yang ditawarkan kepada kanak-kanak untuk memastikan pembangunan akademik, emosional dan kerohanian mereka terjaga.



Selain itu, DI juga telah melaksanakan kurikulum pendidikan peribadi dan pelbagai aktiviti pembangunan kemahiran untuk membina karakter dan kemahiran yang berpotensi menjana pendapatan.



Sejak ditubuhkan pada 1904, MTFA telah membantu lebih 1,000 warga Muslim setiap tahun menerusi zakat dan derma.



Antara sumbangannya ialah membantu mereka yang miskin dan memerlukan, menyokong kehidupan dan pendidikan mereka yang yatim piatu dan kanak-kanak yang memerlukan.



Ia juga membantu dalam menawarkan biasiswa dan dermasiswa bagi pelajar Muslim dari keluarga berpendapatan rendah, rawatan subsidi bagi pesakit ginjal yang mempunyai masalah kewangan serta bantuan kewangan bagi khidmat pengebumian Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >